Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Kerajaan negeri Pahang tergantung, PN rampas Perlis dari BN

Nov 21, 2022 | 05:30 AM



KUANTAN/KANGAR: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang menyaksikan buat julung kali dalam sejarah, kerajaan negeri tergantung selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.



Sementara itu, Barisan Nasional (BN) tumpas di Perlis, dengan Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu selepas memenangi 14 kerusi.



Berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi, Barisan Nasional (16) dan lapan kerusi oleh Pakatan Harapan (PH) di Pahang.



Bagaimanapun, proses pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Disember ini ekoran kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada jam 3.30 pagi kelmarin.



Pahang mempunyai 42 kerusi DUN dan mana-mana parti perlu menang 22 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.



PN memenangi kerusi DUN Cheka, Tanjung Lumpur, Luit, Chenor, Bukit Ibam, Kuala Sentul, Tahan, Damak, Pulau Tawar, Jengka, Beserah, Pulau Manis, Lanchang, Kuala Semantan, Panching, Lepar dan Sungai Lembing.



Sementara itu di Perlis, PN negeri meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan Pusat dalam menentukan calon Menteri Besar Perlis yang baharu.



Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya masih menunggu watikah daripada peringkat pusat berhubung perkara tersebut.



"Kita masih menunggu watikah daripada pusat. Kita tidak mencadangkan sesiapa, tunggu lantikkan daripada pusat.



"Katanya, watikah itu telah dihantar menuju ke Perlis. Yang pasti, Menteri Besar yang baharu daripada Pas," katanya kepada pemberita di sinì semalam, lapor Sinar Harian. - Agensi berita, Sinar Harian




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >