Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Kerajaan terbuka cadangan bina HSR KL-S'pura dibiayai swasta

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia terbuka kepada cadangan pelaksanaan semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura selagi ia membabitkan pelaburan swasta, kata Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke.



Beliau berkata setakat ini tiada sebarang keputusan diputuskan kerajaan mengenai pembangunan HSR KL-Singapura selepas perjanjian projek berkenaan dengan Singapura disahkan berakhir pada 31 Disember 2021, sekali gus menyaksikan projek berkenaan terbatal secara sendirinya.



Katanya, kerajaan tidak menutup pintu terhadap sebarang cadangan membangunkan semula projek itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi kebenaran untuk rundingan selagi pembangunannya tidak dibiayai kerajaan.



"Kami terbuka kepada sebarang cadangan selagi ia membabitkan pelaburan swasta. Ketika ini, tidak ada cadangan khusus yang diterima," katanya pada sidang media di Invest Malaysia 2023 anjuran Bursa Malaysia dan Maybank, pada Rabu.



Encik Loke berkata walaupun banyak syarikat sudah menyuarakan hasrat untuk meneruskan projek tersebut, kerajaan Malaysia belum lagi menerima sebarang cadangan.



Beliau menambah bahawa kerajaan juga belum menetapkan garis masa untuk menghidupkan kembali projek itu.



"Tiada garis masa kerana seperti yang anda tahu, perjanjian dua hala dengan Singapura dibatalkan dan ditamatkan oleh kerajaan lalu."



"Tiada keperluan mendesak dari segi mencapai sebarang garis masa. Buat masa ini, kami terbuka kepada mekanisme pembiayaan baru dan model pelaksanaan," katanya.



Malaysia dan Singapura mula menandatangani perjanjian dua hala mengenai projek itu pada 13 Disember 2016 tetapi menamatkan projek itu selepas mengalami beberapa kelewatan.



Ia tidak diteruskan selepas beberapa penangguhan atas permintaan Malaysia. Akhirnya, perjanjian tersebut luput pada Disember 2020.



Projek yang membabitkan pembangunan sepanjang 350 kilometer itu akan memendekkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura kepada hanya 90 minit.



Sementara itu, berhubung perkembangan projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura, Encik Loke berkata projek berkenaan sedang berjalan lancar.



Encik Loke berkata kerajaan komited menyiapkannya mengikut jadual iaitu menjelang penghujung 2026 dan akan mula beroperasi pada 2027. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >