Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kereta api bawah tanah di New York berlanggar, 24 cedera

Jan 05, 2024 | 02:09 PM



NEW YORK: Dua kereta api bawah tanah New York berlanggar pada 4 Januari, mencederakan 24 orang dan menyebabkan suasana kecoh di kalangan para penumpang, sejurus sebelum waktu sibuk di kota besar itu.


Berpuluh-puluh kenderaan polis dan bomba, bergegas ke kawasan itu untuk membantu memindahkan ratusan penumpang yang terjejas.

Sementara orang awam mencari laluan alternatif untuk meneruskan perjalanan, kerana tiga laluan kereta api bawah tanah itu mengalami gangguan teruk.

Tiada kematian dilaporkan dan setakat ini 24 orang mengalami kecederaan, tidak ada yang serius, kata Encik Ian Swords, komander perkhidmatan perubatan kecemasan, di tempat kejadian.

Kawasan berlakunya kemalangan itu, terletak di tengah-tengah kejiranan mewah Upper West Side di Manhattan.

“Pada kira-kira 3 petang (4 pagi waktu Singapura), unit kami dimaklumkan tentang dua kereta api berlanggar,” kata komander bomba, Encik Mike Meyers.

“Terdapat gangguan besar kepada... perkhidmatan, sementara pasukan kecemasan membantu penumpang dan menjalankan siasatan, selepas kereta api tergelincir berhampiran 96th Street,” kata pihak berkuasa kereta api bawah tanah New York City, di akaun X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >