Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas kereta api, bas di Jawa Timur ragut 11 nyawa

Nov 20, 2023 | 02:01 PM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan terbunuh apabila sebuah kereta api bertembung dengan sebuah bas mini di Jawa Timur.


Kereta api itu dalam perjalanan ke bandar pelabuhan Surabaya apabila melanggar sebuah bas mini yang membawa sedozen penumpang di lintasan di bandar Lumajang Jawa Timur, kira-kira 8 malam WIB (9 malam waktu Singapura), lapor penyiar, Kompas TV.


Akibat perlanggaran itu, bas mini yang membawa 15 penumpang itu, terseret sehingga 50 meter.

“Sepuluh maut di lokasi, dan seorang (mati) di pusat kesihatan masyarakat, selepas menerima rawatan,” kata pemangku ketua daerah Lumajang, Cik Indah Wahyuni kepada stesen televisyen itu.

Beliau berkata empat termasuk seorang kanak-kanak, sedang dirawat di hospital tempatan, sambil menambah tidak jelas sama ada mereka itu bersaudara.

“Pada masa itu, tiada palang rentas kereta api, jadi tiada tanda yang boleh memberi maklumat kepada pemandu,” kata seorang wartawan, Kompas TV, selepas kemalangan itu.


Imej menunjukkan bas mini biru terbalik, dengan mangsa dibawa ke pusat perubatan.

Encik Anwar Yuli Prastyo, pegawai tempatan daripada pengendali kereta api milik pemerintah, PT Kereta Api Indonesia, memberitahu Kompas, kereta api itu meneruskan perjalanannya selepas nahas itu.


Kemalangan pengangkutan bukan perkara luar biasa di Indonesia, sebuah negara kepulauan yang luas di mana bas, kereta api dan juga pesawat sering usang dan tidak diselenggara dengan baik.

Pada 2015, perlanggaran antara kereta api komuter dengan bas mini di persimpangan di ibu kota Jakarta, mengorbankan 16 orang.

Pada 2013, tujuh orang terbunuh dan ramai lagi cedera apabila kereta api komuter bertembung dengan lori tangki bahan api, di persimpangan di Jakarta dan terbakar. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >