Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kereta api dari Korea Utara lintasi sempadan Russia, disyaki bawa bekalan senjata

Nov 06, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Sebuah kereta api dari Korea Utara semalam melintasi sempadan ke Russia, disyaki membekalkan senjata kepada Russia untuk perang di Ukraine.



Pendedahan itu dibuat dua hari selepas Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pihaknya mempunyai maklumat bahawa Pyongyang secara rahsia membekalkan peluru meriam kepada Russia.



Menurut sebuah badan pemikir Washington, yang merujuk imej satelit komersial Projek 38 North yang memantau perkembangan di Korea Utara, pergerakan kereta api seperti itu pertama kali diperhatikan di laluan terbabit dalam beberapa tahun ini.



Bagaimanapun, perkhidmatan veterinar Russia pada Rabu lalu, mendakwa sebuah kereta api yang melintasi sempadan ke Korea Utara itu membawa muatan kuda.



Data kastam Russia menunjukkan Korea Utara membelanjakan beribu-ribu dolar untuk mendapatkan kuda liar dari Russia pada tahun-tahun sebelumnya.



"Adalah mustahil mengetahui tujuan kereta api itu hanya berdasarkan imej satelit, tetapi pergerakan melepasi sempadan itu berlaku ketika ada laporan penjualan senjata dari Korea Utara ke Russia.



"Perkembangan itu juga menepati jangkaan umum mengenai penyambungan semula perdagangan antara kedua-dua negara itu," lapor Projek 38 North.



Katanya, Korea Utara menutup Jambatan Persahabatan Tumangang sepanjang 800 meter (Jambatan Persahabatan Korea-Russia), satu-satunya penghubung darat antara dua negara itu berikutan pandemik Covid-19 sejak Februari 2020.



Laporan itu turut memaklumkan, kira-kira jam 10.24 pagi waktu tempatan, kereta api dengan tiga set gerabak dilihat berada di Korea Utara.



Seterusnya pada jam 1.10 petang (waktu tempatan) lokomotif itu berada di Russia, kira-kira 200 meter dari penghujung jambatan kereta api.



Selang lebih sejam kemudian, lokomotif dan tiga gerabak kereta api kelihatan di landasan di Stesen Khasan Russia, kira-kira dua kilometer dari sempadan dan tiga kereta api berbumbung yang lebih kecil atau kemungkinan kontena, diletakkan bersama kereta api yang baru tiba di trek bersebelahan.



Sementara itu, pada Rabu lalu, Rumah Putih mengatakan Washington mempunyai maklumat menunjukkan Korea Utara secara rahsia membekalkan Russia dengan jumlah peluru artileri untuk perangnya di Ukraine.



Menurutnya, Korea Utara cuba untuk merahsiakan penghantaran dengan menyalurkannya kargo berkenaan melalui negara-negara di Asia Barat dan Afrika Utara.



Pada September lalu, Korea Utara dilaporkan berkata bahawa pihaknya tidak pernah membekalkan senjata atau peluru kepada Russia dan tidak bercadang untuk berbuat demikian. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >