Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kereta api penumpang Pakistan tergelincir dari landasan, 30 maut

Aug 07, 2023 | 12:55 PM



NAWABSHAH (Pakistan): Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan 100 lagi cedera apabila sebuah kereta api tergelincir di selatan Pakistan, jurucakap polis mengesahkan.


Beberapa gerabak Hazara Express terbalik berhampiran stesen kereta api Sahara di Nawabshah, kira-kira 275 kilometer dari bandar terbesar Karachi.


Penumpang yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan. Pasukan penyelamat cuba membawa keluar mereka yang terperangkap di tengah-tengah gerabak yang terbalik itu.

Kemalangan pada sistem kereta api kuno Pakistan bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Menteri Kereta Api, Encik Saad Rafiq, berkata siasatan awal menunjukkan kereta api itu bergerak pada kelajuan biasa dan mereka sedang berusaha untuk menentukan punca kejadian.

Jurucakap kereta api di Karachi berkata, sekurang-kurangnya lapan gerabak terkeluar dari landasan.

Beberapa orang masih terperangkap di dalam gerabak kereta api, menurut penyiar tempatan Geo.


“Kami tidak tahu apa yang berlaku, kami hanya duduk di dalam,” kata seorang wanita yang terpinga-pinga yang diselamatkan dari gerabak, manakala yang lain dibawa dapatkan rawatan dengan ambulans.

Darurat telah diisytiharkan di hospital utama di Nawabshah dan daerah jiran Sindh.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan berpuluh-puluh orang di lokasi kemalangan, dengan beberapa penumpang keluar dari gerabak yang terbalik.

Encik Asif Mir, yang menyaksikan kejadian itu, memberitahu agensi berita Reuters: “Sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, orang ramai mula menjerit. Semua orang berlari-lari dalam keadaan panik. Orang ramai benar-benar kecewa.


“Penduduk tempatan menjalankan operasi menyelamat hampir sejam sebelum perkhidmatan menyelamat tiba. Kami membawa orang ramai ke hospital tempatan.”

Perkhidmatan kereta api ke daerah pedalaman Sindh telah digantung.

Menteri Penerangan Sindh, Encik Sharjeel Memon, memberitahu BBC, bahawa keutamaan pemerintah ialah “kerja menyelamat, yang kami fokus sepenuhnya”.


Pada 2021, dua kereta api dalam perjalanan di wilayah Sindh berlanggar, membunuh sekurang-kurangnya 40 orang dan mencederakan puluhan mangsa.

Antara 2013 dan 2019, 150 orang maut dalam kejadian sedemikian, menurut laporan media tempatan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >