Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siasatan tertumpu kepada pintasan manual isyarat landasan

Jun 11, 2023 | 09:00 PM



BAHANAGA (India): Siasatan rasmi ke atas nahas kereta api yang berlaku di daerah Balasore, Odisha, India, kini tertumpu kepada alat pemintasan manual dan sistem isyarat automatik yang disyaki tidak berfungsi hingga menyebabkan nahas berlaku.

Menurut Penyiasat Suruhanjaya Keselamatan Kereta Api (CRS), mereka mengesyaki pintasan itu dilakukan oleh pekerja kereta api sekali gus menghalang isyarat yang timbul daripada penghadang yang tidak berfungsi untuk menghentikan lalu lintas jalan raya di persimpangan jalan kereta api berhampiran, berdasarkan maklumat sumber yang enggan dikenali.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada campur tangan itu disengajakan atau sebaliknya atau sama ada disebabkan kerja berterusan berhampiran isyarat.

Sekurang-kurangnya 275 orang terbunuh dalam nahas di stesen Bahanaga Bazar, di daerah Balasore di negeri timur Odisha, India pada 2 Jun lalu dan mengorbankan sekurang-kurangnya 288 orang, mencederakan lebih 1,000.

Sebelum ini, media India dan antarabangsa turut melaporkan bahawa kemungkinan kerosakan dalam sistem isyarat automatik menjadi punca utama kemalangan itu.

Walau bagaimanapun, butiran kerosakan yang kerap berlaku di penghadang jalan kereta api berhampiran dan kemungkinan sambungannya ke pintasan manual sistem isyarat itu dilaporkan buat kali pertama.

CRS yang juga pihak berkuasa keselamatan kereta api India, enggan mengulas mengenai pendedahan itu.

Jurucakap Indian Railways, berkata kerja pembaikan terus dilaksanakan mengikut keperluan tetapi tidak mengganggu sistem automatik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Maklumat di Kementerian Keretapi, Encik Amitabh Sharma, berkata punca kemalangan itu masih dalam siasatan dan semua spekulasi tidak dapat disahkan ketika ini.

Jurucakap Biro Siasatan Pusat (CBI) Polis Persekutuan yang membuka siasatan berasingan ke atas kemungkinan kecuaian jenayah, juga enggan mengulas lanjut. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >