Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kereta kebal, peluru berpandu Israel bedil Gaza dalam serangan terkini

Dec 29, 2023 | 03:41 PM



KAHIRAH/GAZA: Kereta kebal Israel membedil kawasan di tengah dan selatan Jaluran Gaza, yang penuh sesak dengan puluhan ribu rakyat Palestin yang berlindung setelah kehilangan tempat tinggal akibat perang Israel-Hamas.


Menjelang malam 28 Disember, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di bandar selatan Khan Younis membunuh lapan rakyat Palestin, kata pegawai kesihatan.

Lagi tiga rakyat Palestin terbunuh dan enam cedera dalam serangan peluru berpandu Israel ke atas sebuah rumah di kem Maghazi di tengah Gaza, kata Bulan Sabit Merah Palestin.

“Tugas kami di sini ialah melumpuhkan Hamas supaya ia tidak lagi mempunyai keupayaan ketenteraan dan mentadbir,” kata Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, dalam satu taklimat media mengenai operasi di Khan Younis.

Kumpulan Hamas menguasai Jaluran Gaza, yang juga dipanggil Gaza sahaja.

Seorang wartawan Palestin menyiarkan gambar kereta kebal Israel berhampiran sebuah masjid di Bureij, di tengah Gaza.

Hamas mengeluarkan video yang dikatakan menunjukkan anggotanya menyasarkan kereta kebal dan askar Israel di timur Bureij.

Serangan terbaru Israel itu menyebabkan penduduk Palestin terpaksa berpindah-randah lagi untuk menyelamatkan diri daripada api peperangan.

Seorang penduduk, Encik Yamen Hamad, umpamanya, berpindah ke sebuah sekolah di Deir al-Balah, juga di tengah Gaza, sejak melarikan diri dari utara wilayah itu.

Beliau berkata penduduk yang baru berpindah dari Bureij dan Nusseirat sedang memasang khemah di kawasan lapang.

Dalam salah satu serangan udara terbaru Israel, 20 rakyat Palestin terbunuh dan 55 cedera di Rafah, sebuah bandar utama berhampiran sempadan dengan selatan Mesir, kata jurucakap kementerian kesihatan Gaza, Encik Ashraf Al-Qidra.

Bangunan mereka yang dibom menempatkan orang awam yang kehilangan tempat tinggal, menurut pegawai perubatan dan penduduk tempatan.

Israel melaporkan 169 askarnya terbunuh dalam perangnya ke atas Gaza sejauh ini.

Konflik itu juga telah meningkatkan ketegangan di Timur Tengah, terutamanya apabila pemberontak Houthi di Yaman yang disokong Iran menyerang kapal-kapal komersial di Laut Merah untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Hamas.

Pada 28 Disember, tentera Amerika Syarikat berkata ia telah menembak jatuh dron dan peluru berpandu balistik antikapal selam di Laut Merah yang dilepaskan oleh Houthi.

Namun, tiada sebarang kerosakan dan kecederaan dilaporkan berlaku pada 18 kapal yang berada di perairan itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >