Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerja bantuan di Gaza terhenti dalam 48 jam kurang bahan api: PBB

Nov 14, 2023 | 04:57 PM



JALURAN GAZA: Agensi pelarian Palestin PBB (UNRWA) memberi amaran pada Isnin bahawa operasinya di Gaza yang dilanda perang akan dihentikan dalam masa dua hari berikutan kekurangan bahan api akibat pertempuran berterusan antara Israel dengan Hamas.


“Operasi kemanusiaan di Gaza akan terhenti dalam tempoh 48 jam akan datang kerana tiada bahan api dibenarkan memasuki Gaza,” kata ketua UNRWA di Gaza, Encik Thomas White, menulis di X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

“Tiada bahan api memasuki Gaza sejak 7 Oktober,” tulisnya, merujuk kepada tarikh militan Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober dan membunuh 1,400 orang, kebanyakannya orang awam dan menculik kira-kira 240 yang lain.

Israel membalas dengan kempen pengeboman berterusan yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 11,200 orang, kebanyakannya orang awam, dan memutuskan bekalan air, elektrik, bahan api dan makanan ke wilayah seramai 2.4 juta penduduk itu.

Agensi bantuan telah berulang kali membangkitkan masalah kekurangan bahan api – digunakan untuk menggerakkan perkhidmatan penting seperti hospital yang bergantung kepada penjana, dan untuk membersihkan serta mengepam air minuman.

Bercakap kepada pemberita, Encik White berkata rundingan untuk mengisi semula tangki bahan api “telah terhenti” dan sedang menunggu keputusan daripada “peringkat tertinggi pemerintah Israel”.

Menurut beliau, kontraktor trak yang mengangkut air minuman dan bekalan lain dari sempadan Rafah dengan Mesir kini bergerak dengan tangki kosong.

“Dalam tempoh 48 jam akan datang, kesemuanya akan terhenti dan tiada apa yang boleh kami lakukan,” tambahnya.

“Itulah realiti operasi bantuan yang kehabisan sumber untuk berkhidmat kepada orang yang memerlukan,” ujar Encik White lagi.

Kekurangan air minuman, digabungkan dengan kekurangan bahan api untuk mengerakkan stesen pam kumbahan dan penutupan berterusan penjana hospital meningkatkan risiko kolera, kata beliau.

Menurut kementerian pertahanan Israel yang mengendalikan hal ehwal sivil Palestin, tiada bahan api telah memasuki Jaluran Gaza sejak “sebelum perang”.

Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas berkata semua hospital di utara Gaza telah berhenti berfungsi kerana gabungan kekurangan bahan api dan pertempuran yang berterusan.

Di hospital Al-Shifa – yang terbesar di Gaza – angka kematian sejak pusat kesihatan itu kehabisan minyak pada Sabtu meningkat kepada 34 orang, dengan kematian 27 pesakit rawatan rapi dan tujuh bayi, kata kementerian itu.

Dalam pada itu, berpuluh-puluh trak bantuan kemanusiaan telah dibenarkan masuk dari Mesir melalui lintasan Rafah, tetapi kumpulan bantuan telah memberi amaran bahawa kuantiti bantuan yang dihantar tidak mencapai tahap yang diperlukan.

Encik Philippe Lazzarini, pesuruhjaya agung UNRWA, berkata kira-kira 39 peratus keperluan makanan telah dipenuhi tetapi masih jauh daripada mencukupi.

“Di salah satu pusat agihan, orang ramai mendapat satu atau dua kali bekalan roti dan satu tin tuna untuk sebuah keluarga, dan di Rafah, satu atau dua bekalan roti dan satu tin keju untuk sebuah keluarga,” katanya.

Lebih dua pertiga daripada penduduk Palestin yang tinggal di Gaza telah meninggalkan rumah mereka sejak perang meletus pada 7 Oktober. – AFP.​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >