Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes bunuh DPP M'sia: Tertuduh dakwa ditawar RM3.5j dari Najib untuk mengaku bersalah

Oct 04, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan seorang timbalan pendakwa raya (DPP), Datuk Anthony Kevin Morais, mendakwa di Mahkamah Tinggi di sini kelmarin bahawa dia ditawarkan RM3.5 juta ($1.16 juta) oleh bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengaku bersalah membunuh mendiang.



S. Ravi Chandaran, 47 tahun, mendakwa tawaran itu dibuat melalui pegawai penjara kepadanya dan selain tawaran itu, dia menerima tawaran daripada adik mendiang Kevin, Datuk Richard Morais, untuk membuat pengakuan sama.



Chandaran, yang juga saksi pembelaan keenam, berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili tertuduh kedua, pakar patologi tentera Dr R. Kunaseegaran.



Semasa perbicaraan pada 20 Disember 2017, Chandaran mendakwa Kunaseegaran menawarkannya RM1.5 juta untuk mengaku bersalah.



Dia bersetuju kelmarin apabila Datuk Sivananthan menyatakan keseluruhan wang yang ditawarkan tiga orang itu kepadanya untuk mengaku bersalah berjumlah RM7 juta.



Apabila ditanya Datuk Sivananthan apakah Kunaseegaran memerintahkan dia membunuh mendiang Kevin, Chandaran berkata: "Tidak."



Begitu juga apabila ditanya apakah Kunaseegaran memerintahkan dia melakukan sesuatu ke atas mendiang, misalnya menculik mangsa, dia menjawab "tidak".



Datuk Sivananthan kemudian memberitahu Chandaran bahawa dakwaannya tentang wang yang ditawarkan kepadanya agar mengaku bersalah semuanya pembohongan untuk dia menyelamatkan nyawanya daripada hukuman mati.



Ravichandran, S. Nimalan, 22 tahun; R. Dineshwaran, 23 tahun; A. K. Thinesh Kumar, 22 tahun; dan M. Vishwanath, 25 tahun, didakwa bersama membunuh mendiang Morais, 55 tahun, pada 4 September 2015.



Mereka menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.



Kunaseegaran, 54 tahun, didakwa bersubahat dalam pembunuhan mendiang Morais, yang mayatnya ditemui dalam sebuah tong penuh dengan konkrit di Subang Jaya pada 16 September 2015.



Perbicaraan disambung.



Terdapat khabar angin kononnya mendiang terlibat dalam siasatan terhadap penyelewengan dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Najib ketika beliau menjadi perdana menteri.



Namun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pada Mac 2016 bahawa mendiang terlibat dalam sembarang siasatan berkaitan 1MDB.



Semalam, Datuk Najib meluahkan dalam pos Facebook bahawa beliau rasa terkilan kerana sering dipersalahkan bagi semua perkara.



"Macam-macam tuduhan liar kebelakangan ini. Senanglah kerja semua orang guna modal 'Semua salah Najib'.



"Harga tak turun? Salah Najib. Man U kalah? Salah Najib.



"Esok kalau hujan, lewat masuk kerja? Salah Najib," katanya, merujuk kepada pasukan Liga Perdana Inggeris kegemarannya, Manchester United.



Kenyataan itu dibuat selepas Chandaran mendakwa Datuk Najib menawarkannya RM3.5 juta agar mengaku bersalah dalam pembunuhan DPP Morais. Datuk Najib menyifatkan dakwaan Chandaran sebagai "mengarut".



Beliau berkata tujuh orang dituduh dalam kes itu tetapi hanya Chandaran membuat dakwaan itu.



"Tuduhan OKT (orang kena tuduh) ketujuh ini untuk membabitkan nama saya nampaknya sangat mengarut," kata Datuk Najib. - BHOnline, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >