Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes Covid di Indonesia naik mungkin dek satu lagi varian baru - Delta, kata Menteri

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Kenaikan kes Covi-d-19 baru-baru ini di Indonesia kemungkinan besar disebabkan varian Delta koronavirus itu, yang kali pertama dikesan di India, kata pihak berkuasa kesihatan.



Kehadiran meluas varian itu di Indonesia itu dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin.



Beliau mengatakan varian itu dikesan dalam sampel yang diambil di Jakarta; Kudus di Jawa Tengah, dan Bangkalan di Jawa Timur, lapor The Jakarta Post semalam.



Jurucakap Kementerian Kesihatan, Cik Siti Nadia Tarmizi, mengatakan pihak berkuasa telah menemukan, melalui ujian genom yang dilakukan di 12 provinsi, 145 sampel mengandungi salah satu daripada tiga varian Covid-19.



Daripada 145 sampel itu, 104 mengandungi varian Delta, 36 mengandungi varian Alpha, dan lima mengandungi varian Beta.



Jangkitan Covid-19 di negara keempat paling padat populasi di dunia itu merekodkan kenaikan dalam beberapa minggu kebelakangan, terutama selepas cuti Lebaran lalu, yang menyaksikan jutaan rakyatnya membelakangkan perintah sekatan pergerakan.



Namun, Cik Siti Nadia mengingatkan bahawa vaksin Covid-19 masih berkesan dalam memberi perlindungan.



Beliau memberi contoh vaksin Sinovac, yang digunakan untuk pekerja kesihatan, terbukti memberi perlindungan daripada kematian, yang mencapai 98 peratus.



Selain itu, kata Cik Siti Nadia, vaksin AstraZeneca berkesan dalam memberi perlindungan daripada penularan varian Delta dan virus Alpha, menurut penyelidikan Kesihatan Awam England (PHE).



"Jadi, sekarang WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) mengesyorkan agar kita mempercepat vaksinasi, keberkesanan vaksin ini sebenarnya sudah memiliki pertahanan untuk melawan virus," kata Cik Siti Nadia dalam satu perbincangan maya bertajuk 'Sedia Melindungi Indonesia dengan Vaksinasi Saling Kerjasama', lapor Kompas.com.



Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, berkata pihaknya telah meningkatkan kewaspadaan terhadap varian Delta yang tersebar luas di wilayahnya, terutama di wilayah Kudus.



"Kemungkinan besar jumlah yang dijangkiti varian di Kudus lebih banyak daripada yang kita temui sebelum ini. Dan ada kemungkinan varian Delta dapat memasuki kawasan lain," kata Encik Ganjar.



Beliau berkata sekurang-kurangnya 62 penduduk Kudus positif terdedah kepada varian Delta. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >