Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Sukan Indonesia nafi terima rasuah 27b rupiah

Oct 12, 2023 | 02:15 PM



JAKARTA: Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Encik Dito Ariotedjo, dituduh menerima rasuah 27 bilion rupiah ($2.34 juta) berkaitan projek infrastruktur Internet di Kementerian Perhubungan dan Penerangan.


Bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan itu ketika dihadapkan sebagai saksi dalam perbicaraan rasuah pada Rabu.

Seorang defendan dalam kes itu, seorang peniaga, Encik Irwan Hermawan, sebelum ini memberitahu Mahkamah Pencegahan Rasuah Jakarta bahawa beliau telah menyerahkan wang itu kepada Encik Dito menerusi orang tengahnya, sebelum beliau dilantik sebagai menteri.

Hakim Encik Fahzal Hendri menghadapkan Encik Dito dengan pertuduhan itu tetapi beliau menjawab sambil bersumpah: “Itu tidak benar.”

Menteri itu berkata beliau tidak mengenali Encik Irwan secara langsung, tetapi mengakui mengenali seorang lagi defendan bernama, Encik Galumbang Menak, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Mora Telematika Indonesia yang didakwa menghantar wang sogokan itu kepada Encik Dito.

Encik Dito mendakwa beliau pernah bertemu Encik Galumbang yang mengunjungi rumah ibu bapanya di Kuningan, Jakarta Selatan.

“Syarikatnya baru sahaja menawarkan saham terbitan awam atau IPO dan syarikat keluarga saya juga merancang untuk menawarkan IPO,” kata Encik Dito ketika ditanya lebih lanjut mengenai pertemuannya dengan Encik Galumbang.

Dalam perbicaraan itu, Encik Dito memberi keterangan terhadap defendan utama, bekas Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik Johnny Plate.

Encik Dito, 33 tahun, berkata beliau mengenali Encik Johnny kerana mereka berdua bertugas dalam Kabinet pemerintah.

Tetapi, Encik Johnny berkata beliau tidak pernah bertemu Encik Dito secara langsung.

Encik Dito, yang nama sebenarnya Ario Bimo Nandito, mula memegang jawatan sebagai menteri pada 3 April, menjadi anggota termuda Kabinet Presiden Joko Widodo. Sebelum menyertai Kabinet, beliau dikenali sebagai ahli perniagaan yang mengasaskan beberapa syarikat pemula dan ahli politik yang bergabung dengan Parti Golkar.

Perbicaraan kes rasuah berkisar tentang projek pemerintah yang bertujuan membangunkan infrastruktur Internet 4G meliputi kira-kira 7,900 kampung terpencil, yang dimulakan oleh Agensi Kebolehcapaian Maklumat dan Telekomunikasi (Bakti) Kementerian Perhubungan dan Penerangan Indonesia.

Perbicaraan itu melibatkan lapan defendan, termasuk bekas pegawai tinggi pemerintah dan ahli perniagaan yang didakwa membayar rasuah untuk mendapatkan kontrak membekalkan stesen pemancar pangkalan.

Semasa siasatan pra-perbicaraan pada 13 Julai, peguam Encik Irwan memulangkan wang bernilai 27 bilion rupiah kepada Pejabat Peguam Negara (AGO) dan memaklumkan kepada akhbar bahawa wang itu telah dipulangkan oleh individu yang identitinya enggan didedahkan oleh peguam itu.

Tetapi Encik Irwan mengesahkan dalam perbicaraan dua minggu lalu bahawa Encik Dito adalah penerima. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >