Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes tagih dadah di M’sia naik 27% dalam 6 bulan pertama 2023

Sep 21, 2023 | 02:44 PM



KUALA SELANGOR: Kes penagihan dadah di Malaysia meningkat 27 peratus dalam tempoh enam bulan pertama 2023, kepada 118,820 penagih berbanding 93,534 penagih yang dilaporkan dalam tempoh sama pada 2022.


Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Encik Sutekno Ahmad Belon, berkata trend peningkatan ini membimbangkan, kerana lebih separuh jumlah itu membabitkan golongan belia dan remaja.

“Lebih 137,000 penagih dadah direkodkan pada 2022 dan 65 peratus jumlah itu melibatkan golongan belia dan remaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Media AADK pada Rabu malam.

Katanya, berdasarkan trend penyalahgunaan bahan terlarang sejak lima tahun lalu, penggunaan dadah sintetik dilihat lebih tinggi berbanding dadah organik.

Encik Sutekno turut mendedahkan negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu antara negeri yang mencatatkan nisbah tertinggi bagi setiap 100,000 penduduk, yang terlibat dalam masalah penderaan, manakala Selangor mencatatkan jumlah penagih tertinggi.

Beliau berkata terlalu banyak masa terluang tanpa melakukan sebarang kegiatan, merupakan antara faktor penyumbang utama golongan remaja dan belia terlibat dalam ancaman dadah.

“Disebabkan itu, kita melancarkan Skuad Anti Dadah pada tahun ini (2023) bagi memastikan golongan belia mempunyai aktiviti berfaedah yang boleh dilaksanakan.

“Kami menyasarkan untuk menarik seramai sejuta anggota Skuad Anti Dadah, menjelang pertengahan 2024 dan setakat ini, kami mempunyai 120,000 anggota,” katanya, dipetik The New Straits Times.


Selain itu, agensi itu menerusi pelbagai usaha yang dilaksanakan, turut menyasarkan kadar penagihan dadah berada di bawah 400 orang daripada 100,000 penduduk di negara ini menjelang 2025, berbanding 426 orang daripada 100,000 penduduk yang dicatatkan pada 2022.

Encik Sutekno turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak menyembunyikan ahli keluarga yang terlibat dengan penagihan dadah dan datang ke AADK untuk mendapatkan rawatan.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati dan ia perlu bermula dari rumah dan keluarga harus melindungi anak-anak mereka,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >