Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes tembak di sekolah AS: Bapa didakwa biar anak miliki senjata

Sep 6, 2024 | 3:27 PM
Colin Gray, 54 tahun, bapa kepada pelajar berusia 14 tahun yang disyaki penembak di Sekolah Tinggi Apalachee, Colt Grey, didakwa atas pertuduhan membunuh melibatkan empat mangsa yang ditembak mati.
Colin Gray, 54 tahun, bapa kepada pelajar berusia 14 tahun yang disyaki penembak di Sekolah Tinggi Apalachee, Colt Grey, didakwa atas pertuduhan membunuh melibatkan empat mangsa yang ditembak mati. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Pihak berkuasa Georgia telah menahan Colin Gray, bapa kepada remaja berusia 14 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tembakan di sekolah yang mengorbankan empat orang dan mencederakan sembilan yang lain pada 4 September.

Menurut Biro Siasatan Georgia (GBI), Gray dituduh membiarkan anaknya memiliki senjata yang digunakan dalam serangan tersebut.

Gray, 54 tahun, menghadapi tuduhan empat kes pembunuhan tanpa niat, dua kes pembunuhan darjah kedua dan lapan kes kekejaman terhadap kanak-kanak.

“Tuduhan ini timbul kerana Gray secara sedar membenarkan anaknya memiliki senjata,” kata Pengarah GBI, Encik Chris Hosey, dalam sidang akhbar.

Suspek utama dalam serangan tersebut, telah didakwa dengan empat kes pembunuhan dan akan dibicarakan sebagai orang dewasa.

Kesnya dijadualkan dibawa ke mahkamah pada 6 September menerusi persidangan video.

Kejadian tembakan berlaku di Sekolah Tinggi Apalachee, Winder, sebuah bandar yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Atlanta.

Senjata yang digunakan dipercayai ialah senapang separuh automatik jenis AR.

Dalam serangan itu, dua guru dan dua pelajar berusia 14 tahun terbunuh.

Motif di sebalik serangan itu masih belum diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kejadian itu telah mencetuskan semula perdebatan nasional mengenai kawalan senjata api di Amerika Syarikat, negara yang sering menyaksikan kejadian tembakan di sekolah.

Pada April 2024, ibu bapa seorang remaja di Michigan dipenjara selepas anak mereka menembak mati empat rakan sekelasnya – dihukum penjara 10 hingga 15 tahun dalam kes yang belum pernah berlaku sebelum itu. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg