Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes tembakan di Amerika: Polis kepung rumah keluarga suspek

Oct 27, 2023 | 02:29 PM



LEWISTON (Amerika Syarikat): Polis pada Khamis mengepung rumah keluarga lelaki yang disyaki menembak mati 18 orang di gelanggang boling dan bar di Maine, Amerika Syarikat, sedang Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkabung berlakunya “satu lagi kes tembakan besar-besaran yang tidak masuk akal dan tragis”.


Tidak diketahui dengan segera sama ada suspek berusia 40 tahun itu, Robert Card, berada di dalam rumah itu, kerana ejen penguat kuasa undang-undang kedengaran berteriak “sila keluar” dan “kami tidak mahu sesiapa tercedera” melalui alat pembesar suara.

Tindakan itu dibuat 24 jam selepas Card didakwa mengamuk di bandar kecil di timur laut Lewiston, dengan melepaskan tembakan melibatkan ramai terkorban dan 13 yang lain turut cedera.

Gabenor Cik Janet Mills berkata suspek “dianggap bersenjata dan berbahaya, dan polis menasihatkan orang awam di Maine supaya tidak mendekatinya dalam apa jua keadaan”.

Card dilihat dalam rakaman pengawasan mengacukan senapang separa automatik ketika dia masuk ke gelanggang boling Just-in-Time pada Rabu. – Agensi Berita.

Mantan PM China Li Keqiang meninggal akibat serangan jantung

BEIJING: Mantan Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, 68 tahun, meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jumaat, kurang setahun selepas bersara setelah sedekad memegang jawatan itu.


Setelah dilihat sebagai pesaing utama kepimpinan Parti Komunis China, Encik Li telah diketepikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh Presiden China, Encik Xi Jinping, yang memperkukuh cengkamannya terhadap kuasa dan mengemudi ekonomi kedua terbesar dunia itu ke arah yang lebih mantap.

Mendiang Li, ahli ekonomi, menyokong ekonomi pasaran lebih terbuka serta pembaharuan dari segi penawaran dalam pendekatan yang digelar ‘Likonomics’, yang tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya, beliau terpaksa mengikut kemahuan dan keutamaan Encik Xi dan pengaruhnya juga semakin berkurangan apabila Encik Xi meletakkan pembantunya sendiri dalam kedudukan lebih berkuasa.

Media sosial China menyaksikan limpahan ucapan dukacita dan rasa terkejut, dengan beberapa laman web pemerintah bertukar menjadi hitam putih sebagai tanda rasmi berkabung. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >