Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki diburu dalam insiden tembakan di AS, sekitar 20 maut

Oct 26, 2023 | 03:41 PM



LEWISTON (Amerika Syarikat): Beratus-ratus anggota polis menggeledah bandar Lewiston dan kawasan sekitar negeri Maine, memburu seorang lelaki yang disyaki menembak mati ramai orang di sebuah bar dan gelanggang boling, sedang saluran berita melaporkan angka kematian adalah antara 16 dengan 22 orang, dengan puluhan lain cedera.


Pegawai berkata terdapat banyak mangsa yang terkorban tetapi enggan memberikan angka.

Polis negeri dan tempatan mengenal pasti, Robert R. Card, 40 tahun, sebagai orang yang berkepentingan dalam kes itu selepas sebelum ini memuat naik gambar di Facebook seorang lelaki yang memegang apa yang kelihatan seperti senapang separa automatik.

Gambar di satu tempat kejadian pada Rabu menunjukkan seorang lelaki memegang senjata dalam posisi menembak.

“Kami mempunyai ratusan pegawai polis bekerja di sekitar negeri Maine untuk menyiasat kes ini bagi mengesan Encik Card, yang merupakan orang yang berkepentingan,” kata Pesuruhjaya Keselamatan Awam Maine , Encik Mike Sauschuck pada sidang akhbar.

Beberapa media melaporkan pihak penguatkuasaan undang-undang Maine mengenal pasti Card sebagai pengajar senjata api terlatih dan anggota simpanan Tentera Amerika, yang baru-baru ini melaporkan dia mempunyai masalah kesihatan mental, termasuk mendengar suara.

“Card juga dilaporkan telah komited untuk mendapatkan rawatan kesihatan mental selama dua minggu pada musim panas 2023, dan kemudiannya dikeluarkan,” kata Encik Sauschuck.

Tempat bar dan gelanggang boling tersebut terletak kira-kira 6.5 kilometer (km) di Lewiston, bekas hab tekstil dan bandar dengan 38,000 orang di Androscoggin County kira-kira 56km di utara bandar terbesar Maine, Portland.

Pusat Perubatan Central Maine di Lewiston mengeluarkan kenyataan yang mengatakan mereka “bertindak menangani ramai mangsa penembakan itu, dan menyelaraskan dengan hospital tempatan untuk membawa mangsa”.

Presiden Joe Biden telah diberi taklimat dan akan terus menerima maklumat terkini, kata seorang pegawai Amerika di Washington.

Encik Biden bercakap melalui telefon secara individu kepada Gabenor Maine, Cik Janet Mills, dan beberapa pemimpin lain di negeri itu sambil berikrar bahawa Rumah Putih akan menghulurkan bantuan sepenuhnya.

Jika jumlah kematian 22 disahkan, pembunuhan itu akan menjadi yang paling dahsyat di Amerika sejak sekurang-kurangnya Ogos 2019, apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pengunjung El Paso Walmart dengan senapang AK-47, membunuh 23 orang.

Insiden itu disifatkan pihak pendakwa raya sebagai jenayah kebencian anti-Hispanik, menurut Arkib Keganasan Senjata.

Jumlah tembakan di Amerika, di mana empat atau lebih orang ditembak telah meningkat sejak wabak Covid-19 bermula pada 2020, dengan 647 berlaku pada 2022 dan 679 diunjurkan berlaku pada 2023, berdasarkan trend pada Julai, menurut data daripada arkib.

Tembakan beramai-ramai Amerika paling ngeri dalam rekod ialah pembunuhan beramai-ramai 58 orang oleh seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan semasa festival muzik desa Las Vegas dari hotel bertingkat tinggi pada 2017. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >