Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga pelajar keturunan Palestin ditembak di AS dalam jenayah kebencian

Nov 27, 2023 | 01:58 PM



BURLINGTON (Amerika Syarikat): Tiga pelajar universiti berketurunan Palestin cedera pada Sabtu dalam satu kejadian tembakan di bandar Burlington, Vermont, di timur laut Amerika Syarikat, dalam apa yang polis sifatkan kelihatan seperti “jenayah didorong kebencian”.


Penembak, yang masih melarikan diri, disifatkan polis sebagai “seorang lelaki kulit putih yang mempunyai pistol”.

Mangsanya ialah Hisham Awartani, Tahseen Ali dan Kenan Abdulhamid. 

“Tanpa bercakap,” kata polis, “dia melepaskan sekurang-kurangnya empat das tembakan dari pistol itu dan dipercayai melarikan diri dengan berjalan kaki”.

Kejadian itu berlaku di tengah-tengah ketegangan memuncak dan kadangkala mencetuskan keganasan, di kampus kolej dan tempat lain di Amerika, berkaitan perang di Gaza.

Satu kenyataan polis berkata dua daripada mangsa berada dalam keadaan stabil sementara yang ketiga mengalami “kecederaan lebih serius”.

Ia berkata dua daripada mereka adalah warga Amerika dan seorang lagi pemastautin sah.

Walaupun belum ada pengesahan rasmi mengenai motif penembakan itu, polis mengesahkan dua daripada pemuda itu memakai keffiyeh, iaitu selendang tradisional Palestin berwarna hitam dan putih.


Ketua Polis Burlington, Encik Jon Murad berkata: “Dalam suasana pergolakan ini, sesiapa saja yang melihat kejadian ini akan mengesyaki ia mungkin jenayah didorong kebencian.”

Beliau menambah: “Sekarang mangsa selamat dan menerima rawatan perubatan. Keutamaan kami ialah mengenal pasti, mengesan dan menangkap suspek.”

Kenyataan jurucakap keluarga mangsa berkata ketiga-tiga mereka lulusan Sekolah Rakan Ramallah, sebuah sekolah privet di Tebing Barat yang diduduki Israel, dan kini belajar di universiti berbeza di timur laut Amerika.

“Sebagai ibu bapa,” kata kenyataan itu, “kami kecewa dengan berita ngeri bahawa anak kami menjadi sasaran dan ditembak...

“Kami menyeru penguat kuasa undang-undang supaya menjalankan siasatan menyeluruh. Kami tidak akan selesa hingga penembak itu dibawa ke muka pengadilan.”

Jawatankuasa Antidiskriminasi Arab Amerika berkata: “Kami mempunyai sebab untuk mempercayai tembakan itu berlaku kerana mangsa adalah orang Arab.”

Ia menyeru pihak berkuasa Vermont supaya menyiasat penembakan itu sebagai jenayah kebencian.

Rumah Putih berkata Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah diberi taklimat mengenai penembakan itu.

Encik Bernie Sanders, senator bebas Vermont dan calon presiden yang lalu, mengatakan serangan itu “mengejutkan dan amat menjengkelkan”, sambil menambah: “Kebencian tiada tempat di sini, atau di mana-mana.”

Penembakan itu berlaku ketika kumpulan hak sivil memberi amaran tentang peningkatan jenayah kebencian terhadap warga Arab dan Muslim Amerika.

Pada Oktober, seorang budak lelaki Palestin-Amerika berusia enam tahun mati ditikam di Illinois, manakala ibunya cedera. Seorang suspek berusia 71 tahun telah didakwa dan mengaku tidak bersalah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >