Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes tembakan di Sweden makin leluasa

Seorang remaja maut, tiga yang lain cedera dalam kes terbaharu
Jun 11, 2023 | 1:00 PM
SIASATAN RAPI: Sekumpulan anggota polis menjalankan siasatan di tempat berlaku tembahan di Farsta, selatan  Stockholm, Sweden, pada Sabtu (10 Jun)
SIASATAN RAPI: Sekumpulan anggota polis menjalankan siasatan di tempat berlaku tembahan di Farsta, selatan Stockholm, Sweden, pada Sabtu (10 Jun) - - Foto REUTERS

STOCKHOLM: Seorang remaja berusia 15 tahun terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan berhampiran Farsta Centrum di selatan Stockholm pada Sabtu (10 Jun).

Menurut polis, mereka menerima laporan tentang kejadian tembakan berdekatan satu lapangan pada awal petang, dan menemui dua orang yang cedera ditembak.

Dua lagi ditemui cedera tidak jauh dari situ.

Dua tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut setelah sebuah kereta dikejar sekitar sejam selepas tembakan berlaku, menurut Polis Sweden dalam satu kenyataan media.

Mereka yang cedera termasuk seorang budak lelaki berusia 15 tahun, dan seorang lelaki dan wanita berusia antara 45 hingga 65 tahun.

Polis telah memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan dan percubaan membunuh itu.

Insiden terbaharu ini menjadikan jumlah yang terbunuh dan cedera akibat keganasan senjata api di Stockholm kepada tujuh dalam masa kurang 24 jam.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan Polis Sweden, seramai 18 orang terbunuh manakala 41 cedera dalam 144 insiden tembakan di seluruh negara dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Sejumlah 10 kematian direkodkan di wilayah Stockholm.

Pada Jumaat lalu, tiga lagi orang cedera dalam dua kes tembakan berasingan di kawasan Stockholm.

Sweden terkapai-kapai menangani kejadian menembak dan pengeboman yang semakin berleluasa, sedang kumpulan samseng cuba mencari penyelesaian bagi perdagangan dadah mereka.

Negara itu mencatatkan 391 tembakan pada 2022, 62 membawa maut, meningkat daripada 45 pada tahun sbeelumnya, menurut perangkaan polis. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg