Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK G20

Keselamatan diperketat, Bali sedia terima pemimpin dunia

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 12 kapal perang, empat jet pejuang dan 13 helikopter serta 18,000 pegawai tentera dan polis dikerah untuk menjaga keselamatan pulau Bali di Indonesia sedang negara itu bersiap untuk menjadi hos bagi Sidang Puncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) yang akan berlangsung hari ini dan esok.



Trafik menjadi sesak apabila sebahagian jalan raya ditutup untuk membolehkan konvoi pemimpin negara tiba di pulau itu.



Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden; Presiden China, Encik Xi Jinping; Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak; dan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, sudah tiba di Bali bagi menyertai puncak terpenting dalam kalangan para pemimpin kuasa ekonomi besar.



Presiden Russia, Encik Vladimar Putin, yang masih bergelumang dengan Perang di Ukraine, tidak hadir. Beliau akan diwakili Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov.



Encik Biden tiba di Bali malam kelmarin dari Kemboja selepas menghadiri Puncak Asean dan Asia Timur, menggunakan pesawat Air Force One di Terminal VVIP di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai.



Beliau disambut dengan tarian Bali sebelum menggunakan kereta Presiden dikenali sebagai, The Beast, untuk ke hotel.



Kolonel Penolong Operasi Komand Operasi Udara Indonesia, Encik Bambang Sudewo, berkata jadual beberapa pesawat komersial terpaksa diubah sesuai bagi menyelaras kedatangan pesawat VVIP.



"Saya telah memeriksa setiap aspek kecil dari tempat sidang sejak pagi. Kami telah periksa segalanya dan kami sudah bersedia menerima tetamu G20,'' kata Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo sebelum ini.



Operasi keselamatan dikenali sebagai 'Operasi Puri Agung' menyaksikan lebih 18,000 pegawai tentera dan polis dikerah ke kawasan Nusa Dua di Bali, yang menjadi lokasi Puncak G20 itu.



Selain kamera merakam wajah, ratusan kamera merakam gerakan manusia dan 1,700 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan itu.



Selain itu, seramai 1,500 pegawai bersiap sedia untuk dikerah bagi menyokong operasi keselamatan jika terdapat kejadian kecemasan termasuk gempa bumi dan banjir.



Para pegawai telah dilatih untuk menangani pelbagai keadaan termasuk ancaman pengganasan hingga ke bencana alam.



"Polis Indonesia telah mengenal pasti pelbagai jenis ancaman yang boleh berlaku. Polis juga telah juga membentuk pasukan bertindak untuk menangani pelbagai ancaman ini dan kami bersedia untuk menjaga keselamatan di sekitar Sidang Puncak G20,'' kata jurucakap Polis Nasional Indonesia, Encik Dedi Prasetyo.



Bali juga telah mengehadkan acara keagamaan dan tradisional sepanjang Sidang Puncak G20 terutama di kawasan sekitar acara sidang tersebut.



Malah, warga tempatan digalak bekerja dan belajar di rumah memandangkan trafik juga 'macet' atau sesak.



Selain aspek keselamatan, pandemik Covid-19 yang masih menular turut mendapat perhatian.



Wartawan yang memasuki kawasan acara dan pusat media di Hotel Westin perlu menjalani ujian Covid-19 selama 24 jam sebelum memasuki kawasan itu.



Khemah-khemah disediakan khusus bagi para delegasi termasuk 2,000 wartawan antarabangsa yang membuat liputan bagi sidang itu.



Tetapi, segala prosedur dibuat dengan amat teratur dan berkesan.



Dengan layanan mesra pegawai Indonesia dari lapangan terbang hingga ke pusat media, ia memudahkan para wartawan untuk membuat liputan bagi sidang ini.



Bagi penduduk Bali, kedatangan tetamu antarabangsa disambut baik dan turut merancakkan pulau itu.



Tempahan di hotel melonjak, malah harga bilik hotel juga melonjak minggu ini.



Harga tempahan hotel di Hotel Holiday Inn di Benoa, yang menjadi antara hotel pilihan bagi pihak media misalnya, meningkat mencapai $500 satu malam berbanding tidak melebihi $100 pada hari biasa.



Para pemandu Gojek dan teksi juga amat sibuk memenuhi tempahan wartawan dan delegasi, di samping kafe dan restoran yang menyaksikan peningkatan penjualan.



Setelah tiga tahun sunyi sepi akibat Covid-19, sidang itu merancakkan pusat peranginan itu yang menjadi lebih bertenaga.




"Polis Indonesia telah mengenal pasti pelbagai jenis ancaman yang boleh berlaku. Polis juga telah membentuk pasukan bertindak untuk menangani pelbagai ancaman ini dan kami bersedia untuk menjaga keselamatan di sekitar Sidang Puncak G20.''



- Encik Dedi Prasetyo, jurucakap Polis Nasional Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >