Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kesihatan Hadi Awang merosot, kini dirawat di hospital

Jul 01, 2023 | 03:33 PM



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, dilaporkan dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan doktor.


Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Encik Muhammad Khalil Abdul Hadi, yang turut meminta orang ramai berdoa dan melakukan solat hajat untuk kesembuhan pada Sabtu.

Beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata, Tan Sri Abdul Hadi sudah kelihatan uzur ketika pelancaran Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN), baru-baru ini.

“Malah, kehadiran ayahanda ke pelancaran jentera pilihanraya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” kata Encik Muhammad Khalil.

Terdahulu, Tan Sri Abdul Hadi menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Jun.

Pada 16 Februari lalu, beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >