Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kestabilan politik bantu tarik pelaburan mega: Anwar

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Semua parti politik dalam kerajaan perpaduan Malaysia komited terhadap kestabilan politik, yang seterusnya menarik pelaburan mega dari Indonesia, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim, lapor The Straits Times, pada Isnin.

"Kami telah dimaklumkan mengenai pelaburan besar dari Indonesia di Malaysia dalam gas dan hidrogen - yang saya diberitahu sebelum ini ketika saya bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo - dan pelaburan sedemikian meningkatkan keyakinan pelabur lain," katanya pada Ahad.

Beliau juga berkata bahawa kerajaan tidak akan tunduk kepada retorik perkauman dan sebarang percubaan untuk mengganggu keharmonian negara akan ditangani dengan serius.

Beliau menambah pembahagian kerusi antara parti pemerintah dalam kerajaan perpaduan semasa enam pilihan raya negeri akan datang tidak dibincangkan dengan panjang lebar pada mesyuarat sekretariat tetapi telah dipersetujui bahawa pemimpin parti akan bertemu dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara itu.

Datuk Seri Anwar berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan kedua di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia kelmarin.

"Kerajaan perpaduan telah membincangkan pandangan mengenai kerjasamanya dan akan mengukuhkan lagi pelaksanaan dasar-dasarnya. Ini sebagai balasan telah memberikan keyakinan pelabur," katanya.

"Terdapat kesepakatan yang kukuh bahawa kerajaan ini komited untuk menegakkan prinsip perlembagaan di samping menegakkan hak setiap rakyat. Sebarang percubaan untuk mengganggu (negara) ini akan ditangani dengan tegas."

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pemimpin Umno yang telah dipilih dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri-menteri Kabinet dan Perdana Menteri Sarawak Abang Johari Openg antara yang hadir pada mesyuarat sekretariat itu.

Parti Muda, yang juga anggota kerajaan perpaduan, tidak dijemput ke mesyuarat itu. Setiausaha Agungnya berkata, mereka telah menulis surat kepada Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, meminta parti itu disertakan dalam mesyuarat kelmarin.

Pada sidang media yang sama, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan pemilihan partinya pada hujung minggu menunjukkan kepimpinan yang menyokong kerajaan perpaduan diterima oleh akar umbi.

"Kami juga yakin dengan sokongan parti dari Barisan, Sabah dan Sarawak terhadap kerajaan perpaduan sekarang," katanya.

Pemimpin Sarawak Abang Johari berkata pelaburan Indonesia menunjukkan ia yakin dengan kepimpinan kerajaan perpaduan sekarang.

"Ia akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia," katanya, sambil menambah bahawa Indonesia komited terhadap pelaburan gas dan hidrogen di Malaysia.

Datuk Seri Anwar dalam pada itu mengulangi keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan terus kukuh dan kekal bertahan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri pada Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 di sini, Datuk Seri Anwar, yang juga Presiden parti berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada sokongan kukuh parti-parti yang bersama membentuk kerajaan sejak empat bulan lepas.

"Untuk kita mantap sebagai satu kerajaan lima tahun ini, kita perlu kerjasama padu supaya kita tumpu membetulkan kerosakan yang berlaku dan membangunkan negara dan rakyat. Usaha untuk menggugat sedikit sebanyak itu ada, tapi saya yakin Kerajaan Perpaduan akan terus kukuh dan kekal untuk lima tahun.

"Tanggungjawab kita bersama ialah menempatkan semangat perjuangan, menggilap obor reformasi dan jentera parti harus bergerak supaya agenda Madani ini dapat diterjemahkan secara lebih serius dan bermakna," katanya, yang dilaporkan Sinar Harian, pada Sabtu.

MALAYSIA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >