Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS POLITIK DI SABAH

Ketua Hakim M'sia: Terpulang kepada Najib kemuka rayuan kepada PBB

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, berkata badan kehakiman Malaysia telah melaksanakan tanggungjawab untuk menolak rayuan Encik Najib Tun Razak.



Justeru, katanya, terpulang kepada Encik Najib jika mahu merujuk kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta ($12.78 juta)



Tengku Maimun berkata badan kehakiman negara itu tidak terjejas oleh petisyen Encik Najib kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia PBB Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) berhubung dakwaan "penahanan sewenang-wenangnya".



"Dia boleh melakukan apa yang dia mahu kerana kami telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami.



"Apa sahaja jalan yang dia ingin terokai, itu bukan tanggungjawab kami. Terpulang kepada dia apa yang dia mahu lakukan," kata Tengku Maimun dalam satu acara, lapor Malaysiakini.



Tengku Maimun adalah sebahagian lima panel Mahkamah Persekutuan yang pada Ogos tahun lalu menolak rayuan Encik Najib untuk membatalkan keputusan bersalah serta hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikaitkan dengan kes SRC.



Beliau menjawab pertanyaan media berhubung tindakan Encik Najib memfailkan semula petisyen itu pada 5 Januari lalu.



Permohonan Encik Najib untuk menyemak semula keputusan kehakiman ditetapkan untuk dibicarakan di hadapan panel baru Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 19 Januari.



Beliau juga mempunyai petisyen yang belum selesai bagi pengampunan diraja.



Semasa sidang media pada 5 Januari, peguam bela utama Encik Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata mereka memfailkan petisyen untuk mendapatkan UNWGAD agar meminta Malaysia membebaskan atau membicarakan semula dalam kes SRC.



Beliau mendakwa Mahkamah Persekutuan Malaysia tidak memberi masa yang cukup kepada peguam Encik Najib untuk menyediakan rayuan dengan membenarkan penangguhan pendengaran rayuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >