Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua Hamas mahu rundingan gencatan diterus walau anak terbunuh

Apr 12, 2024 | 12:24 PM



DOHA (Qatar): Pemimpin Hamas, Encik Ismail Haniyeh, menafikan tiga anak lelakinya yang terbunuh dalam serangan Israel minggu ini adalah pejuang kumpulan itu, dan menegaskan “kepentingan rakyat Palestin didahulukan”, apabila ditanya apakah pembunuhan mereka akan menjejas rundingan gencatan senjata.


“Kami sedang berusaha untuk mencapai kesepakatan tetapi Israel masih berlengah-lengah dan mengelak daripada memberi respons kepada tuntutan kami,” katanya merujuk kepada rundingan gencatan senjata Gaza dan pertukaran tebusan yang sedang berlangsung di Kahirah, Mesir.

Encik Haniyeh berkata pada 11 April bahawa Hamas masih mencari penyelesaian bagi perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan biarpun serangan Israel membunuh tiga anak lelakinya di Gaza.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menafikan pembunuhan tiga anak beliau itu bertujuan mensabotaj rundingan gencatan senjata yang sedang berjalan.

Menurut laporan media Israel, Walla, yang memetik seorang pegawai Israel, IDF mendakwa Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dan kabinet perangnya tidak diberi taklimat mengenai serangan tersebut atau meluluskannya,


Pegawai berkenaan berkata, operasi itu dianggap oleh IDF dan Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) sebagai langkah taktikal yang dilakukan kerana peranan anak Encik Haniyeh dalam sayap tentera Hamas.

Sementara itu, seorang pegawai kanan Hamas berkata pihaknya tidak mempunyai 40 tebusan masih hidup untuk memenuhi kriteria pertukaran di bawah cadangan perjanjian gencatan senjata yang sedang dirundingkan dengan Israel.

Beliau berkata pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada negara pengantara (Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat) bagi memudahkan rundingan pertukaran tebusan Israel dengan tahanan warga Palestin.

Dakwaan itu menimbulkan kebimbangan lebih ramai tebusan mungkin sudah mati, ketika perbincangan antara Hamas dengan Israel terhenti akibat perselisihan membabitkan gencatan senjata, kepulangan penduduk Palestin yang dipindahkan ke utara Gaza dan isu-isu lain.

Dengan peperangan memasuki bulan ketujuh, Hamas mahu tentera Israel menamatkan serangan, mengundurkan askarnya dari Gaza dan membenarkan pelarian Palestin pulang ke tempat asal mereka.

Bercakap di Qatar semasa menerima ucapan takziah, Encik Haniyeh berkata “kepentingan rakyat Palestin diletakkan di atas segala-galanya”, apabila ditanya apakah serangan itu akan menjejaskan perbincangan mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.


Pasukan Israel melakukan serangan pada 10 April itu tanpa kebenaran daripada komander tertinggi atau pemimpin kanan, dakwa media Israel pada 11 April, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan keluarga tebusan bahawa serangan itu akan menggagalkan usaha membebaskan mereka.

“Saya hanya boleh berharap ini tidak akan menjejas rundingan.

“Saya harap ia tidak akan membuat Hamas meletak syarat lebih keras dalam perjanjian itu,” kata Encik Ofri Bibas Levy, yang abangnya, Encik Yarden Bibas, ditawan bersama isteri dan dua anaknya semasa serangan Hamas ke atas selatan Israel pada 7 Oktober. – Agensi berita.

Serangan Hamas itu telah membunuh lebih 1,400 orang dan 240 yang lain ditahan sebagai tebusan. Sekitar 130 daripada tebusan itu dipercayai masih ditahan Hamas dan selebihnya telah dibebaskan menyusuli perjanjian gencatan senjata pada hujung November.


Serangan Israel sehingga kini telah membunuh lebih 35,000 rakyat Palestin, memusnahkan sebahagian besar Gaza dan mengakibatkan krisis kemanusiaan yang teruk di wilayah Palestin itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >