Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Ketua keselamatan Israel: Serangan di kawasan Palestin perlu tindak balas

Jun 26, 2023 | 02:41 PM



BAITULMAKDIS: Ketua-ketua keselamatan Israel pada Sabtu lalu menetapkan bahawa serangan-serangan ke atas perkampungan Palestin oleh penghuni di Tebing Barat sebagai “keganasan nasionalis,” yang patut diambil tindakan balas sejajarnya.


Ulasan mereka itu mencetuskan kemarahan para menteri Kabinet berhaluan kanan yang tegar.

Kejadian keganasan yang menjadi-jadi pada minggu lalu di Tebing Barat, termasuk rusuhan oleh sebilangan penduduk Israel di bandar-bandar dan perkampungan Palestin, mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa dan menimbulkan kekhuatiran pihak Rumah Putih.

Pada Sabtu lalu, sebilangan penduduk Israel membakar dua rumah di kampung Palestin di Umm Safa, berhampiran bandar Ramallah, kata beberapa penduduk.

Tentera Israel berkata, sekurang-kurangnya seorang rakyat Israel yang disyaki telah ditangkap.

Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, mengutuk serangan tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama, tentera Israel, polis dan ketua-ketua perkhidmatan keselamatan berkata tindakan para penduduk itu disifatkan sebagai “keganasan nasionalis” yang harus ditentang.

Tentera Israel akan meningkatkan kawalannya bagi mencegah keganasan serupa itu, katanya, dan perkhidmatan keselamatan domestik, Shin Bet, akan melakukan tangkapan termasuk “penahanan administrasi” di mana mereka yang disyaki boleh ditahan tanpa dibicarakan.

Tindakan seperti itu biasanya dikuatkuasakan ke atas suspek keselamatan Palestin dan ini dibantah oleh kumpulan-kumpulan sayap kanan Israel.

Kenyataan itu dikecam keras oleh dua anggota dalam pemerintah nasionalis-agama pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

“Percubaan untuk menyamakan pembunuhan keganasan Arab dengan tindakan balas awam adalah suatu yang serius, tidak bermoral dan berbahaya,” kata Menteri Kewangan, Encik Bezalel Smotrich.

Beliau menyeru pasukan keselamatan supaya meningkatkan usaha menentang penyerang masyarakat Palestin dan ke atas para penduduk Israel supaya mereka berhenti “bertindak mengikut kemahuan sendiri.”

Menteri Keselamatan Kebangsaan Israel, Encik Itamar Ben-Gvir, yang dulunya dikenali sebagai penyokong keganasan dan hasutan menentang orang-orang Arab, turut bersuara seperti Encik Smotrich.

Pada Jumaat lalu, Penasihat Keselamatan Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, menyuarakan kekhuatiran mengenai serangan-serangan yang dilakukan ke atas kampung-kampung Palestin semasa menghubungi rakan sejawatannya di Israel, beberapa jam selepas Encik Ben-Gvir menyeru para penduduk Israel supaya meluaskan kehadiran mereka di merata Tebing Barat.

Serangan-serangan para penduduk Israel pada minggu lalu itu adalah susulan pertempuran bersenjata di bandar Jenin yang mengakibatkan tujuh rakyat Palestin terbunuh, penembakan oleh seorang rakyat Palestin yang membunuh empat rakyat Israel, dan satu serangan udara Israel yang jarang dilakukan ke atas kumpulan militan.

Pada awal Sabtu pula, seorang militan Palestin melepaskan tembakan di pusat pemeriksaan Israel di Tebing Barat, mencederakan seorang pengawal keselamatan, kata polis Israel.

Lelaki bersenjata rakyat Palestin itu kemudian ditembak mati oleh pasukan keselamatan di tempat kejadian.

Lelaki itu didakwa sebagai anggota Briged Jihad Al-Aqsa, sebuah kumpulan bersenjata yang ada hubungannya dengan parti Fattah, pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.

Rundingan damai yang ditaja Amerika Syarikat, antara Palestin dengan Israel, bertujuan membentuk sebuah negara Pelestin di Tebing Barat, Timur Baitulmakdis dan Gaza, gagal pada 2014 dan tidak menunjukkan sebarang tanda ia akan diadakan semula.

Kebanyakan negara di dunia menyifatkan perkampungan yang didirikan oleh Israel di kawasan-kawasan yang didudukinya dalam perang 1967 sebagai tidak sah – pendapat yang dibantah oleh Israel. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >