Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua PBB saran jalan ke hadapan berhubung eksport bijirin Ukraine

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Antonio Guterres telah memberi cadangan kepada Presiden Russia Encik Vladimir Putin terhadap jalan ke hadapan untuk menambahbaik dalam membenarkan eksport bijirin Ukraine yang selamat di Laut Hitam.



Jurucakap PBB, Encik Farhan Haq berkata Encik Guterres menggariskan cadangannya dalam surat kepada Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov untuk disampaikan kepada Encik Putin.



Kenyataan itu dikeluarkan selepas Encik Guterres dan Encik Lavrov bertemu di New York.



Encik Lavrov tidak menjawab soalan wartawan berhubung pertemuan selama 90 minit dengan Encik Guterres.



Encik Guterres melahirkan keprihatinannya mengenai eksport bijirin dan mengulangi komitmen PBB untuk terus berusaha menangani isu yang masih ada.



Encik Lavrov dipetik oleh agensi berita TASS sebagai berkata bahawa Moscow akan mengkaji surat itu.



Sebelum ini perjanjian bijirin Laut Hitam, yang membenarkan Ukraine mengeksport tanaman dari pelabuhan-pelabuhan utama, sudah diperbaharui untuk dilanjutkan selama lagi 120 hari. Ini meskipun Russia menuntut bagi pelanjutan yang lebih singkat.



Moscow sebelum ini berkeras untuk memendekkan perjanjian tersebut kepada hanya 60 hari. Ia menzahirkan kebimbangan mengenai kurangnya kemajuan yang ketara bagi memulihkan eksport pertaniannya kembali ke keadaan sedia kala.



Inisiatif bijirin Laut Hitam membolehkan penghantaran lebih 24 juta tan bijirin.



Jumlah besar yang dieksport itu penting untuk mencegah krisis makanan sejagat daripada bertambah teruk selain mengurangkan tekanan terhadap inflasi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >