Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia siasat ahli politik terlibat dalam judi ‘online’

Jun 17, 2023 | 1:06 PM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis berkongsi maklumat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat pendedahan pembabitan pemimpin politik dengan kegiatan judi dalam talian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis berkongsi maklumat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat pendedahan pembabitan pemimpin politik dengan kegiatan judi dalam talian. - Foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkongsi maklumat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat pendedahan pembabitan pemimpin politik dengan kegiatan judi dalam talian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata perkongsian itu bertujuan menentusahkan pendedahan dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat semalam, selain menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tentang pembabitan pemimpin politik dalam kegiatan judi dalam talian dan PDRM sendiri telah menerima maklumat mengenainya.

“PDRM mengulangi komitmen tidak akan membiarkan kegiatan yang menimbulkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara.

“Selain itu setiap langkah dan tindakan diambil oleh PDRM adalah berteraskan undang-undang,” katanya kepada media.

Terdahulu, Datuk Seri Saifuddin mahu polis diberi ruang bagi menyusun strategi berhubung siasatan kegiatan perjudian dalam talian haram dinaungi pemimpin politik.

Beliau berkata, tindakan selanjutnya termasuk data dan maklumat tepat yang dikumpul unit risikan pihak berkuasa itu bukan satu maklumat yang boleh dihebahkan kepada umum.

Pada Sabtu, ketika menjawab soalan Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Datuk Seri Saifuddin mengesahkan kegiatan perjudian dalam talian haram dinaungi pemimpin politik.

Beliau berkata, elemen berkenaan menjadi kekangan terbesar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PRDM) serta kerajaan secara keseluruhannya dalam usaha membanteras kegiatan itu.

Katanya, pihak yang menyediakan wadah perjudian dalam talian itu boleh mengaut keuntungan sekitar RM200 juta (58 juta) seminggu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg