Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua polis Tel Aviv undur dek campur tangan politik dalam isu tunjuk perasaan

Jul 06, 2023 | 02:44 PM



BAIKTULMAKDIS: Komander polis Tel Aviv berkata beliau akan meletak jawatan disebabkan campur tangan politik oleh anggota Kabinet kanan Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, yang menurutnya mahu kekerasan berlebihan digunakan terhadap penunjuk perasaan antipemerintah.


Komander daerah Tel Aviv, Encik Ami Eshed, tidak menamakan Menteri Keselamatan Negara sayap kanan, Encik Itamar Ben-Gvir, yang menuntut tindakan tegas terhadap penunjuk perasaan yang menentang langkah pemerintah hendak merombak sistem keadilan.

Tidak lama selepas pengumuman Encik Eshed itu, ratusan penunjuk perasaan yang membawa bendera Israel dan melaungkan “demokrasi” berarak melalui Tel Aviv.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, Encik Eshed berkata beliau tidak dapat memenuhi jangkaan orang yang beliau panggil “menteri atasan”, yang menurutnya melanggar semua peraturan dan terang-terangan campur tangan dalam membuat keputusan secara profesional.

“Saya boleh dengan mudah memenuhi jangkaan itu dengan menggunakan kekerasan tidak munasabah yang akan memenuhi bilik kecemasan Ichilov (hospital Tel Aviv) pada akhir setiap bantahan,” kata Encik Eshed.

“Buat kali pertama dalam perkhidmatan selama tiga dekad, saya berdepan realiti tidak masuk akal di mana yang diperlukan daripada saya bukanlah memastikan ketenangan dan ketenteraman tetapi sebaliknya,” tegasnya.

Pada Mac, Encik Ben-Gvir memaklumkan Encik Eshed beliau akan diberi peranan baru dalam pasukan itu – langkah yang dilihat menghalang harapannya dilantik sebagai ketua polis.

“Politik telah meresap ke dalam pangkat paling kanan di Israel dan seorang pegawai beruniform telah menyerah kepada ahli politik kanan di sebelah sayap kiri,” katanya.

Encik Ben-Gvir, seorang yang berpendirian keras dengan sabitan lampau kerana menyokong keganasan dan hasutan, telah mendapatkan kuasa lebih besar ke atas pasukan polis Israel apabila beliau dikerah untuk berkhidmat sebagai menteri penyelianya, mencetuskan kebimbangan mengenai kebebasan polis.

Setelah menarik balik beberapa pandangannya, Encik Ben-Gvir menyertai gabungan baru Encik Netanyahu pada Disember 2022, mencemaskan golongan liberal di dalam dan luar negara.

Menyusuli itu, pemimpin parti Jewish Power, atau Kuasa Yahudi, itu kadang-kadang menegur polis kerana layanan mereka terhadap penunjuk perasaan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >