Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua WHO: Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit di Gaza

Nov 11, 2023 | 03:11 PM



NEW YORK: Seorang kanak-kanak terbunuh setiap sepuluh minit di Jaluran Gaza kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Beliau memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat dan memberi amaran bahawa “tiada tempat dan tiada siapa yang selamat.”   

Beliau berkata separuh daripada 36 hospital di Gaza dan dua pertiga daripada pusat-pusat penjagaan kesihatan utama tidak berfungsi.

Hospital yang berfungsi pula beroperasi melebihi keupayaan mereka. 

“Koridor hospital dipenuhi dengan mangsa yang cedera, yang sakit, yang mati. 

“Bilik mayat melimpah-ruah dan pembedahan dilakukan tanpa anestesia atau ubat bius. 

“Puluhan ribu pelarian berlindung di hospital,” kata Dr Tedros kepada majlis 15 anggota itu.     

Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas, yang memerintah Jaluran Gaza, selepas serangan 7 Oktober di selatan Israel yang mengorbankan 1,400 jiwa. Ratusan turut dijadikan tebusan.

Israel telah menyerang Gaza – dengan 2.3 juta rakyat – dari udara.

Gaza turut dikepung dan Israel telah melancarkan pencerobohan darat.   

“Secara purata, seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit di Gaza,” ujar Dr Tedros. 

Sejak 7 Oktober, WHO telah mengesahkan lebih 250 serangan ke atas penjagaan kesihatan di Gaza dan Tebing Barat, manakala 25 serangan ke atas penjagaan kesihatan di Israel, tambah beliau. 

Menurut Israel, Hamas menyembunyikan senjata di dalam terowong di bawah hospital, namun Hamas menafikannya.   

Duta PBB ke Israel, Encik Gilad Erdan, memberitahu Majlis Keselamatan bahawa Israel telah mewujudkan satu pasukan petugas untuk menubuhkan hospital di selatan Gaza. 

Pada 12 Oktober, Israel mengarahkan sekitar 1.1 juta penduduk di Gaza supaya bergerak ke selatan lebih awal sebelum pencerobohan darat.   

“Israel sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan Amiriah Arab Bersatu, dengan iCRC (Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa) dan dengan negara-negara Eropah yang lain mengenai penubuhan hospital di lapangan dan kapal-kapal hospital terapung,” kata Encik Erdan.

“Israel memudahkan hantaran Jordan untuk bantuan perubatan ke hospital-hospital di utara Gaza.

“Malangnya, Israel melakukan lebih banyak untuk kesejahteraan Gaza daripada WHO atau mana-mana badan PBB yang lain,” kata beliau.

Amerika Syarikat sedang berusaha untuk mencuba dan mendapatkan bahan api ke hospital-hospital di Gaza, kata Timbalan Duta Amerika Syarikat ke PBB, Encik Robert Wood.

Beliau menekankan bahawa kemudahan awam dan kemanusiaan mesti dihormati dan dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >