Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khairy mahu proses pemerolehan kementerian disemak lepas $33.4j lesap

Mar 21, 2016 | 12:10 PM



PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pada Isnin (21 Mac) beliau mahu satu pasukan petugas bebas meneliti segala kelemahan dalam prosedur pemerolehan kementerian itu, selepas seorang pegawai kementerian ditahan kerana didakwa menggelapkan RM100 juta ($33.4 juta) dana kementerian.

Encik Khairy berkata pegawai tersebut, yang ditahan pihak berkuasa antirasuah pada Jumaat (18 Mac), memanipulasi kelemahan dalam proses pemerolehan dan dapat meluluskan pembiayaan tanpa kebenaran menteri atau ketua setiausaha.

Setiausaha bahagian berusia 56 tahun itu digambarkan sebagai dalang satu skim yang menyalur keluar RM100 juta dana negeri dari 2010.

"Kami mahu semakan segera dijalankan ke atas semua mekanisme dalaman dan proses tadbir urus yang berkaitan dengan penyaluran dana dalam kementerian kami," kata Encik Khairy dalam satu sidang akhbar di kementeriannya.

"Saya telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Kerajaan mengenai penubuhan sebuah pasukan petugas bebas untuk mengenal pasti kelemahan dalam proses pemerolehan dan memperbaikinya," katanya.

Beliau berkata pasukan petugas itu tidak melibatkan pegawai kementeriannya dan menjanjikan sokongan penuh kementeriannya kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes tersebut.

"Kementerian serah kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang perlu. Saya akan terus menyokong usaha-usaha suruhanjaya itu dalam membasmi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," katanya.

SPRM menahan suspek rasuah itu pada Jumaat lalu bersama lapan orang kontraktor daripada 14 syarikat.

Agensi antirasuah itu berkata syarikat-syarikat tersebut dibayar wang daripada dana kerajaan bagi program dan projek yang tidak pernah dijalankan, dan memberi sogokan RM20 juta kepada pegawai itu.

Pihak berkuasa merampas 12 kereta mewah, barang kemas, jam tangan mewah serta beg tangan berjenama dan membekukan 69 akaun bank dengan jumlah simpanan RM8.33 juta. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >