Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PEMBUBARAN PARLIMEN MALAYSIA

Khairy sedia tanding di mana-mana kerusi Parlimen

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



KOTA BHARU: Ahli Parlimen Rembau, Encik Khairy Jamaluddin, menyifatkan beliau bersikap terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.



Katanya, ramai pemimpin tempatan yang menawarkan kerusi kepadanya untuk bertanding nanti, namun yang membuat keputusan nanti adalah pucuk pimpinan parti.



"Saya orang parti, bila diminta pergi ke mana-mana, saya pergi. Tidak kisah di mana-mana pun.



"Banyak kerusi yang ditawarkan kepada saya, namun yang menawarkan adalah pemimpin tempatan. Yang membuat keputusan nanti adalah pucuk pimpinan parti.



"Negeri Sembilan atau Lembah Klang, saya terbuka," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Mencegah Banjir Di Kawasan Utama Hospital Raja Perempuan Zainab II semalam.



Media sebelum ini melaporkan, Encik Khairy mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU15.



Encik Khairy berkata ini berikutan beliau diminta untuk memberikan laluan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang berhasrat mahu bertanding di kerusi berkenaan.



Sementara itu, ketika ditanya persiapan parti bagi menghadapi PRU15, Encik Khairy berkata dari segi persiapan, beliau serahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.



"Saya difahamkan petang ini ada mesyuarat Biro Politik Umno dan semestinya agenda mesyuarat adalah dari segi persiapan dan pemilihan calon serta isu lain," katanya.



Pada PRU14, Encik Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan menewaskan pencabarnya daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas memperoleh 36,096 undi. - BHM.




"Saya orang parti, bila diminta pergi ke mana-mana, saya pergi. Tidak kisah di mana-mana pun."
- Encik Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >