Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas

Aug 1, 2024 | 1:57 PM
Hamas
Encik Khaled Meshaal (kiri) dijangka dilantik sebagai pemimpin Hamas yang baru bagi menggantikan Encik Ismail Haniyeh (kanan), yang dibunuh di Teheran, Iran, pada 31 Julai. - Foto REUTERS

KAHIRAH: Kumpulan Hamas dikatakan telah mempunyai pemimpin baru bagi menggantikan Encik Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Teheran, Iran, pada 31 Julai.

Ketua baru kumpulan Palestin itu dikenali sebagai, Encik Khaled Meshaal, yang terselamat dalam percubaan membunuhnya dengan racun oleh ejen Israel di luar pejabatnya di Amman, Jordan, pada 1997.

Percubaan membunuh beliau itu, yang diarahkan oleh Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menimbulkan kemarahan Raja Hussein Jordan hingga beliau berhasrat menggantung si pembunuh dan membatalkan perjanjian damai negaranya dengan Israel melainkan penawar racun itu diserahkan kepada pihaknya.

Israel berbuat demikian dan juga bersetuju membebaskan pemimpin Hamas, Sheikh Ahmed Yassin, yang dibunuh tujuh tahun kemudian di Gaza.

Bagi Israel dan negara Barat, Hamas, yang disokong Iran dan telah mengarahkan pengeboman berani mati di Israel serta sering berperang menentangnya, adalah kumpulan bertekad memusnahkan Israel.

Bagi penyokong Palestin, Encik Meshaal dan seluruh kepimpinan Hamas adalah pejuang pembebasan daripada penjajah Israel, yang mengekalkan perjuangan mereka apabila diplomasi antarabangsa gagal berbuat demikian.

Encik Meshaal, 68 tahun, menjadi pemimpin politik Hamas dalam buangan sebelum Israel cuba menghapuskannya, dan jawatan itu membolehkan beliau mewakili kumpulannya dalam pertemuan dengan pemerintah asing di seluruh dunia.

Sumber Hamas berkata Encik Meshaal dijangka dipilih sebagai ketua utama kumpulan itu menggantikan Encik Haniyeh.

Seorang pegawai kanan Hamas, Encik Khalil al-Hayya, yang berpangkalan di Qatar dan mengetuai Hamas dalam rundingan gencatan senjata Gaza dengan Israel, juga mungkin menerajui tampuk kepimpinan kerana beliau disukai Iran dan sekutunya di rantau ini. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg