Khamenei beri amaran keras susulan pembunuhan pegawai kanan dalam serangan AS-Israel

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khamenei beri amaran keras susulan pembunuhan pegawai kanan dalam serangan AS-Israel

Beliau turut anggap insiden tersebut mencerminkan “permusuhan mendalam terhadap Islam”
Mar 19, 2026 | 11:21 AM

Khamenei beri amaran keras susulan pembunuhan pegawai kanan dalam serangan AS-Israel

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Khamenei, Iran, Mojtaba Khamenei, Ali Larijani, serangan udara Teheran, ketegangan Asia Barat, konflik Iran Israel, Masoud Pezeshkian, berita antarabangsa.
Orang ramai menyertai perarakan pengebumian Ketua Keselamatan Negara Iran, Ali Larijani, komander Basij Gholamreza Soleimani, serta anggota tentera laut Iran yang terkorban dalam serangan terbaru, di Teheran pada 18 Mac 2026. Pengebumian Larijani diadakan serentak dengan upacara bagi Gholamreza Soleimani, ketua pasukan separa tentera Basij yang turut terbunuh dalam serangan minggu ini, serta puluhan anggota tentera laut Iran yang terkorban apabila kapal frigat mereka diserang torpedo oleh tentera Amerika Syarikat berhampiran Sri Lanka awal bulan ini. - Foto AFP

TEHERAN: Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, mengeluarkan amaran tegas bahawa pihak yang bertanggungjawab dalam pembunuhan pegawai keselamatan tertinggi, Encik Ali Larijani, “akan segera menerima balasan”, ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak.

“Setiap titisan darah pasti ada pembalasannya, dan pembunuh jenayah terhadap para syuhada ini akan segera membayar harga,” kata beliau.

Encik Larijani, yang merupakan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, disifatkan Encik Khamenei sebagai tokoh penting negara dengan pengalaman hampir lima dekad dalam pelbagai bidang.

Beliau menyifatkan Encik Larijani sebagai “seorang yang berilmu, berpandangan jauh dan bijaksana”, sambil menambah bahawa peranannya dalam bidang politik, ketenteraan, keselamatan dan pentadbiran menjadikannya “tokoh yang amat berpengaruh”.

Encik Khamenei turut menegaskan bahawa pembunuhan tersebut mencerminkan “permusuhan mendalam terhadap Islam”, dan memberi amaran bahawa tindakan sedemikian tidak akan melemahkan Iran.

“Penumpahan darah tokoh seperti ini hanya akan menjadikan perjuangan lebih kuat,” katanya.

Pihak berkuasa Iran memaklumkan bahawa Encik Larijani terbunuh dalam serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel pada awal 17 Mac di Teheran.

Serangan itu turut mengorbankan anaknya, Encik Morteza; pembantu rapatnya Encik Alireza Bayat, beberapa kakitangan majlis serta pengawal peribadi.

Selain itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengesahkan bahawa Ketua Pasukan Basij, Encik Gholamreza Soleimani, turut terbunuh dalam serangan yang sama.

Presiden Iran, Encik Masoud Pezeshkian, dalam kenyataan berasingan berkata negara itu kini berada dalam tempoh berkabung atas kehilangan beberapa tokoh penting.

Beliau turut meratapi pemergian Menteri Perisikan, Encik Esmaeil Khatib; serta Menteri Pertahanan, Encik Aziz Nasirzadeh; yang menurut laporan turut terkorban dalam siri serangan berkenaan.

“Kami sedang berdukacita atas kehilangan para pemimpin yang telah berkhidmat kepada negara,” kata Encik Pezeshkian.

Namun, beliau menegaskan bahawa pengorbanan mereka tidak sia-sia.

“Saya yakin perjuangan mereka akan diteruskan dengan lebih teguh berbanding sebelum ini,” tambahnya.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mendakwa bahawa Encik Khatib, terkorban dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel.

Di Teheran, upacara pengebumian Encik Larijani dan Encik Gholamreza Soleimani berlangsung pada 18 Mac dengan kehadiran pegawai pemerintah serta orang ramai yang berhimpun untuk memberi penghormatan terakhir.

Media pemerintah Iran melaporkan ribuan rakyat turun ke jalan bagi menunjukkan solidariti terhadap kedua-dua tokoh berkenaan.

Suasana penuh emosi menyelubungi upacara tersebut, mencerminkan kesan mendalam kehilangan pemimpin kanan negara di tengah konflik yang semakin memuncak.

Serangan itu berlaku ketika konflik antara Iran dengan Amerika dan Israel yang bermula sejak 28 Februari masih berterusan. Menurut pihak berkuasa Iran, serangan bersama itu telah mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi sebelum ini, Ayatollah Ali Khamenei. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg