BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, kelmarin mengancam untuk menyerang kemudahan nuklear Iran dalam sidang Kabinet latihan perang selepas beliau menuduh para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal bersemuka dengan Teheran.
Dengan Iran cukup mempunyai 60 peratus bahan uranium untuk membuat dua bom nuklear – sesuatu yang ia tidak pernah rancang atau melakukannya – Israel telah meningkatkan ancaman untuk melancarkan serangan tentera jika diplomasi antarabangsa tidak membawa sebarang hasil.
Israel selama ini berpendirian bahawa bagi diplomasi berhasil, Iran mesti berdepan dengan ancaman tentera.
“Kami komited untuk bertindak terhadap pembangunan nuklear Iran, terhadap serangan peluru berpandu ke atas Israel dan kemungkinan berlakunya gabungan kedua-duanya,” kata Encik Netanyahu dalam kenyataan menerusi video dari kubu bawah tanah di ibu pejabat tentera di Tel Aviv.
Kemungkinan berlakunya berbilang serangan memerlukan para pemimpin Israel “jika mungkin, menimbangkannya lebih awal” keputusan besar yang bakal diambilnya.
Pejabat Encik Netanyahu menyiarkan latihan perang tersebut. Publisiti kesiapsagaan itu dilihat berbeza daripada serangan Israel terhadap reaktor nuklear Iraq dalam 1981 dan cara yang sama di Syria dalam 2007, tanpa sebarang amaran awal.
Pemerhati PBB menyatakan Iran telah memberi penjelasan memuaskan.
Awal sebelum itu, Encik Netanyahu mengecam Agensi Tenaga Atom Antarabanga (IAEA) menyusuli satu laporan pemerhati PBB bahawa Iran telah memberi penjelasan memuaskan terhadap kes yang disyaki berupa zarah uranium dan pemasangan semula peralatan memantau yang sebelum ini tertakluk di bawah perjanjian nuklear 2005 yang terbatal.
“Iran terus berbohong kepada IAEA. Sikap menyerah agensi tersebut kepada tekanan Iran merupakan satu noktah hitam dalam rekodnya,” kata beliau kepada Kabinet yang disiarkan menerusi televisyen.
Beliau menambah bahawa badan pemerhati itu terdedah dipolitikkan dan akan hilang kepentingannya ke atas Iran.
IAEA enggan memberi komen.
Rabu lalu, agensi tersebut menyatakan selepas penyiasatan bertahun-tahun dan tiada kemajuan dicapai, Iran memberi penjelasan memuaskan mengenai salah satu daripada tiga tapak yang dikatakan zarah uranium telah dikesan.
Ziarah tersebut mungkin merupakan kewujudan makmal dan lombong yang pernah dikelolakan hanya sekali oleh bekas Soviet Union.
Justeru IAEA tidak mempersoalkannya lagi, kata seorang diplomat kanan di Vienna.
Merujuk persoalan tersebut, Encik Netanyahu berkata penjelasan Iran adalah “mustahil dari segi teknikal”.
Bagaimanapun, diplomat di Vienna itu turut menekankan bahawa penilaian IAEA tetap kekal iaitu Iran pernah melakukan ujian letupan dua dekad lalu yang ada kaitan dengan senjata nuklear. – Agensi berita.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg