Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khemah pelarian Palestin ditenggelami air jelang musim sejuk

Nov 26, 2025 | 12:10 PM
banjir, jaluran gaza
Beberapa khemah dihanyutkan air apabila paras banjir naik 40 hingga 50 sentimeter di beberapa kawasan di pesisir pantai Jaluran Gaza. - Foto REUTERS

KAHIRAH: Hujan lebat menyebabkan banjir di Jaluran Gaza pada 25 November, memburukkan nasib pelarian Palestin yang berlindung di khemah di tengah-tengah kemungkinan ribut musim sejuk yang bakal menjelang.

Sebahagian besar dua juta penduduk Gaza terpaksa meninggalkan rumah mereka semasa perang selama dua tahun yang meletus ekoran serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Kemusnahan bangunan dan prasarana menyebabkan penduduk terpaksa menetap di khemah dan hidup dalam kekurangan.

Encik Amjad Al-Shawa, ketua rangkaian badan bukan mencari untung Palestin, berkata terdapat keperluan mendesak bagi 300,000 khemah baru untuk menempatkan kira-kira 1.5 juta orang yang telah kehilangan tempat tinggal akibat perang.

Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin berkata ribuan khemah telah ditenggelami air hujan atau rosak akibat hujan lebat sepanjang minggu lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia sedang berusaha membawa bekalan musim sejuk ke Gaza tetapi bilangan trak yang dibenarkan masuk ke Gaza dihadkan oleh Israel. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg