Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khutbah Arafah diterjemah ke dalam 50 bahasa, sebar mesej kesederhanaan

Jun 13, 2024 | 1:34 PM
haji
Projek alih bahasa khutbah Arafah bagi musim haji 2024 itu mencakupi 50 bahasa dunia bagi memberi peluang lebih ramai yang tidak memahami bahasa Arab mengikutinya. - Foto SPA

MAKKAH: Presiden Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan pada 12 Jun bahawa projek terjemahan khutbah Arafah kini akan merangkumi 50 bahasa.

Antara bahasa itu ialah Inggeris, Perancis, Melayu, Urdu, Farsi, Russia, Cina, Bengali, Turkey dan Hausa.

Kali ini, antara bahasa yang asing yang ditambah ialah Sepanyol, Hindi, Swahili dan Tamil.

Khidmat terjemahan itu dilaksana oleh penterjemah berkemahiran dalam bahasa masing-masing.

Agensi berita, Saudi Press Agency (SPA), melaporkan bahawa daya usaha itu, yang diterajui oleh pemimpin Arab Saudi, Raja Salman, adalah seumpama itu yang terbesar di dunia.

Matlamatnya ialah membolehkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab agar dapat mengikuti khutbah Arafah serentak pada masa ia disampaikan.

Dilancarkan pada 2018, projek itu pada mulanya menawarkan terjemahan dalam lima bahasa.

Khutbah Arafah disampaikan pada Hari Arafah, yang juga disebut sebagai Hari Wukuf.

Pada ketika itu, jemaah haji berwukuf di Arafah, satu kegiatan yang merupakan kemuncak ibadah haji bagi jemaah yang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pertumbuhan luar biasa terjemahan khutbah Arafah kepada 50 bahasa dalam masa kurang 10 tahun mencerminkan dedikasi kerajaan Arab Saudi untuk menyebarkan mesej kesederhanaan dan nilai-nilai Islam di seluruh dunia.

Pada 16 Jun, Raja Salman berkata khutbah Arafah musim haji 2024 akan dapat diikuti oleh sekitar satu bilion pendengar di seluruh dunia.

Ia akan dapat memupuk pemahaman lebih baik dan mempromosikan keamanan melalui mesej yang disampaikan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg