Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘KL selamat’, pakar kata kaedah kejuruteraan baik boleh lindung KL dari tanah jerlus

Sep 8, 2024 | 3:40 PM
Menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, kejadian tanah jerlus yang berlaku pada Ogos disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiviti manusia, cuaca dan hakisan lapisan tanah tambak di bawah permukaan.
Menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, kejadian tanah jerlus yang berlaku pada Ogos disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiviti manusia, cuaca dan hakisan lapisan tanah tambak di bawah permukaan. - Foto EPA-EFE

PETALING JAYA: Kuala Lumpur secara amnya selamat, menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia.

Tambahnya, pasukan petugas struktur tanah Masjid India mendapati bahawa kejadian tanah jerlus yang meragut nyawa seorang warga India berusia 48 tahun pada Ogos disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiviti manusia, cuaca dan hakisan lapisan tanah tambak di bawah permukaan.

Sedang pasukan petugas itu menyediakan laporan teknikal khas yang dijangkakan siap dalam tiga bulan akan datang, pakar mengatakan bahawa pembinaan di kawasan batu kapur haruslah dibina menggunakan kejuruteraan yang baik untuk mengelakkan tanah jerlus.

“Secara amnya kementerian mengatakan Kuala Lumpur selamat, tetapi aspek pemantauan dan prosedur tertentu diperlukan bagi siasatan dijalankan ke atas struktur bangunan di bawah permukaan.

“Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang mengemas kini data struktur bawah tanah di sekitar Lembah Klang. Ini melibatkan 10 pihak berkuasa tempatan melalui Pemetaan Bawah Permukaan Geologi Greater KL,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan pada 7 September.

Ia berkata kementerian itu akan melengkapkan maklumat sedia ada mengenai Kuala Lumpur yang diperoleh melalui projek 3DKL, yang mewujudkan model geologi 3D bandar itu.

“JMG menggunakan radar penembusan darat untuk mendapatkan gambaran strata geologi dan sistem utiliti di bawah kawasan kejadian bagi proses pemulihan keseluruhan oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Pihak kementerian menasihatkan orang awam tidak mempercayai spekulasi dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab mengenai keadaan keselamatan bawah permukaan Kuala Lumpur serta perlu mendapatkan maklumat yang betul daripada pihak berkuasa dalam sebarang kejadian bencana geologi,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, mantan presiden Persatuan Geoteknik Malaysia (MGS), Encik Lee Peir Tien, berkata pembinaan di kawasan batu kapur boleh mengakibatkan tanah jerlus jika tidak dirancang dan dijalankan dengan betul.

Encik Lee menjelaskan bahawa tanah jerlus semula jadi biasanya berlaku di kawasan yang mempunyai pembentukan batu kapur.

“Batu kapur ialah batu larut (soluble rock) secara semula jadi, yang bermaksud ia boleh larut dari masa ke masa, membawa kepada pembentukan rongga atau ruang kosong di bawah tanah.

“Rongga ini adalah isu yang wujud di kawasan batu kapur. Apabila bumbung rongga runtuh, ia boleh menyebabkan tanah jerlus terbentuk di permukaan tanah,” katanya.

Bagi pembinaan di kawasan batu kapur, Encik Lee berkata pengesanan dan rawatan rongga adalah amalan biasa sebelum memulakan sebarang kerja pembinaan.

“Ini membantu mengelakkan tanah jerlus daripada terbentuk semasa atau selepas proses pembinaan,” tambahnya.

Menurut Encik Lee, tanah jerlus yang berlaku itu mungkin disebabkan oleh kebocoran daripada utiliti.

“Ini seterusnya menyebabkan hakisan tanah, yang menghakis tanah sokongan dan menyebabkan ia runtuh.

“Bagaimanapun, punca sebenar akan disahkan berdasarkan hasil siasatan pasukan petugas yang dianggotai MGS.” - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg