Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KORONAVIRUS: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA

KL sunyi bak tanpa penghuni

Ramai penduduk bimbang keluar rumah, peniaga bimbang pendapatan terjejas teruk jika perintah dilanjutkan
kl
Mar 19, 2020 | 05:30 AM



JALAN raya yang biasanya sesak pada hari bekerja di ibu kota berubah menjadi lengang pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa di Malaysia semalam.



Sesetengah warga negara itu menyifatkan keadaan di kawasan bandar sebagai sunyi, tegang dan suram, dengan kebanyakan kedai ditutup.



Malah, keadaan di Kuala Lumpur itu mengingatkan seorang wartawan, Encik Ahmad Suhael Adnan, 29 tahun, pada suasana semasa Hari Raya Aidilfitri, dengan kebanyakan warga kota pulang ke kampung halaman.



"Namun bezanya, situasi sekarang agak membimbangkan, terutama sekali apabila melihat orang awam berjalan sambil memakai pelitup," ujarnya.



Seorang peguam yang tinggal di Ara Damansara, Petaling Jaya, Cik Idza Hajar Ahmad Idzam, 37 tahun, pula berkata kawasan perumahannya berubah menjadi sunyi semalam, dengan kebanyakan penduduk memilih untuk duduk di rumah sahaja.



"Saya dapat merasakan orang ramai sebenarnya bimbang dan suasana cukup suram," katanya.



Bagi seorang lagi penduduk Kuala Lumpur, Encik Jonathan Edward, 32 tahun, beliau tidak pernah mengalami suasana ini sepanjang 12 tahun tinggal di bandar itu.



"Saya tinggal di kawasan Ampang yang terkenal bagi kesesakan lalu lintasnya tapi (semalam), tak ada kesesakan langsung.



"Banyak kedai makan kecil ditutup tetapi pasar raya masih dibuka," ujarnya.



Tambahnya, beliau juga telah membuat persiapan bagi dua minggu akan datang.



Antara lain, beliau memastikan bekalan makanan di rumah seperti beras, mi, sayur, daging dan makanan dalam tin mencukupi baginya dan teman serumahnya buat tempoh dua minggu agar dapat mengelak daripada keluar rumah.



Menurut Encik Jonathan yang kini bekerja dari rumah, beliau bimbang hendak keluar rumah kerana masih mendapati sesetengah orang yang bersin dan batuk tanpa memakai pelitup di tempat awam.



Bagi Cik Idza Hajar, beliau juga tidak selesa keluar rumah sekarang kecuali benar-benar perlu.



"Saya dan keluarga akan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini sepenuhnya kerana saya yakin ini akan memastikan keselamatan kami.



"Kami tidak mahu membahayakan orang atau diri kami sendiri," kata beliau yang telah menjalani perintah kuarantin baru-baru ini kerana berhubungan rapat dengan seorang pesakit yang disahkan dijangkiti Covid-19.



Meskipun perintah yang berkuat kuasa dari semalam hingga 31 Mac itu sedikit sebanyak menjejas kehidupan ramai rakyat, mereka akur bahawa langkah itu wajar dan diperlukan demi kemaslahatan orang ramai.



Bagi Encik Ahmad Suhael, langkah ini perlu untuk mengurangkan penularan koronavirus dengan menyekat pergerakan orang ramai.



"Jumlah jangkitan membabitkan peserta himpunan tabligh meningkat sangat drastik dan membimbangkan. Jika pergerakan orang ramai tak dikawal, jumlah jangkitan dan kematian akan menjadi lebih teruk.



"Kerajaan perlu memberi arahan tegas supaya orang ramai faham mereka perlu berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa," katanya.



Sentimen itu turut dikongsi Encik Murtadza Mohamad Nor, 57 tahun, yang mengendalikan kedai makan Mak Ani Selera Timur di Gelang Patah, Johor Bahru.



Sebagai pemilik perniagaan, beliau akui bimbang akan kesan penularan Covid-19 ini pada ekonomi dan perniagaannya buat jangka masa panjang.



Oleh itu, beliau berharap langkah kerajaan mengenakan sekatan itu dapat mengurangkan penularan koronavirus.



Menurut Encik Murtadza, beliau juga telah menyimpan kerusi di kedai makannya supaya pelanggan tidak dapat duduk dan menjamu selera di kedainya, sejajar dengan arahan kerajaan.



Mereka hanya boleh membeli makanan untuk dibungkus dan dibawa pulang.



Meskipun perlu membuat penyesuaian itu, beliau berkata ini tidak menjejas pendapatannya sejauh ini kerana kebanyakan kedai makan dekat kawasan kedainya mengambil keputusan untuk menutup kedai.



"Saya harap keadaan akan bertambah baik secepat mungkin kerana saya rasa kalau dua minggu (Perintah Kawalan Pergerakan) masih boleh tahan lagi.



"Lebih daripada itu, mungkin bermasalah sikit, lebih-lebih lagi bagi peniaga seperti saya," ujarnya.




LUAHAN HATI PENDUDUK DAN PENIAGA



"Saya harap keadaan akan bertambah baik secepat mungkin kerana saya rasa kalau dua minggu (Perintah Kawalan Pergerakan) masih boleh tahan lagi.

"Lebih daripada itu, mungkin bermasalah sikit, lebih-lebih lagi bagi peniaga seperti saya.''

- Encik Murtadza Mohamad Nor yang mengendalikan kedai makan di Gelang Patah, Johor Bahru.



"Jumlah jangkitan membabitkan peserta himpunan tabligh meningkat sangat drastik dan membimbangkan. Jika pergerakan orang ramai tak dikawal, jumlah jangkitan dan kematian akan menjadi lebih teruk.

"Kerajaan perlu memberi arahan tegas supaya orang ramai faham mereka perlu berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.''

- Encik Ahmad Suhael




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >