Topic followed successfully
Go to BHkuKongres Fatah pilih semula Mahmoud Abbas sebagai pemimpin gerakan
Kongres Fatah pilih semula Mahmoud Abbas sebagai pemimpin gerakan
May 15, 2026 | 12:11 PM
Kongres Fatah pilih semula Mahmoud Abbas sebagai pemimpin gerakan
Presiden Penguasa Palestin, Mahmoud Abbas (dua kiri) menghadiri hari pembukaan Kongres Agung Kelapan Fatah di bandar Ramallah, Tebing Barat, pada 14 Mei 2026. Perhimpunan agung gerakan Fatah itu diadakan buat kali pertama sejak 2016 bagi memilih kepimpinan baharu, dengan sesi berlangsung dari 14 hingga 16 Mei secara serentak di empat lokasi iaitu Ramallah, Gaza, Kaherah dan Beirut. - Foto EPA
RAMALLAH: Presiden Penguasa Palestin, Encik Mahmoud Abbas, dipilih semula secara sebulat suara sebagai pemimpin gerakan Fatah pada 14 Mei ketika Palestin berdepan tekanan politik, perang di Gaza dan cabaran besar terhadap masa depan perjuangan negara itu.
Agensi berita Palestin, WAFA, melaporkan para delegasi Persidangan Agung Kelapan Fatah memberi sokongan penuh kepada Encik Abbas untuk terus mengetuai gerakan berkenaan sebagai ketua dan pemimpin tertinggi Fatah.
Laporan berkaitan
Penyokong Abbas menang pilihan raya tempatan PalestinApr 27, 2026 | 12:43 PM
Presiden Penguasa Palestin umum pilihan raya pertama Parlimen PLOFeb 3, 2026 | 10:42 AM
