Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kongres AS setuju sekat dana kepada UNRWA hingga Mac 2025

Amerika yang merupakan penderma terbesar UNRWA, sediakan AS$300 juta hingga AS$400 juta setahun
Mar 20, 2024 | 12:55 PM



WASHINGTON: Persetujuan yang dicapai oleh pemimpin kongres Amerika Syarikat dan Rumah Putih mengenai rang undang-undang bagi membiayai ketenteraan, Jabatan Negara dan pelbagai program pemerintah lain, akan meneruskan pengharaman pembiayaan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin (UNRWA) sehingga Mac 2025, dua sumber berkata pada 19 Mac.


Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata pada Januari bahawa ia menghentikan sementara pembiayaan baru kepada UNRWA selepas Israel menuduh 12 daripada 13,000 pekerja agensi itu di Gaza menyertai serangan Hamas pada 7 Oktober.

Senat Amerika meluluskan undang-undang bulan lalu memotong pembiayaan untuk agensi itu, sebahagian daripada rang undang-undang melibatkan peruntukan AS$95 bilion ($127 bilion) bagi menyediakan bantuan kepada Ukraine, Israel dan Taiwan yang terhenti di Dewan Perwakilan.

Para penyokong bantuan telah berusaha untuk memulihkannya dengan menyeru Washington supaya menyokong badan bantuan itu ketika usaha dibuat bagi menangkis kebuluran di Gaza.

Kedua-dua sumber yang biasa dengan perjanjian itu berkata bahawa pembiayaan itu akan disekat selama setahun, dan butiran usaha alternatif untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza akan dibincangkan selepas undang-undang itu diumumkan kepada ramai.

Rumah Putih dan pemimpin kongres enggan mengulas mengenai butiran perjanjian itu sehingga teks rang undang-undang perbelanjaan dikeluarkan.

PBB telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan terhadap kakitangan UNRWA dan ekorannya, agensi itu telah memecat beberapa kakitangan selepas Israel memberikan maklumat berkenaan.

Amerika yang merupakan penderma terbesar UNRWA, menyediakan AS$300 juta hingga AS$400 juta setahun, berkata ia mahu melihat hasil siasatan dan langkah pembetulan itu diambil sebelum ia mempertimbangkan untuk meneruskan pembiayaan.

Peperangan di Gaza meletus apabila anggota Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang dan menjadi lebih 240 yang lain sebagai tebusan.

Hampir 32,000 orang telah disahkan terbunuh dalam serangan tindak balas Israel yang berterusan sehingga kini.

Menurut pegawai kesihatan Palestin, ribuan lagi dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan dan puluhan ribu pula tercedera akibat serangan Israel itu.

Ketua UNRWA, Encik Philippe Lazzarini, sebelum ini menyifatkan langkah untuk menggantung pembiayaan itu sebagai “hukuman kolektif tambahan” terhadap rakyat Palestin yang sangat terdesak akibat empat bulan menjadi sasaran pengeboman Israel tanpa henti.

“Memandangkan perang di Gaza berterusan, dan pada masa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) meminta agar lebih banyak bantuan kemanusiaan dihulurkan, sudah tiba masanya untuk mengukuhkan dan bukan melemahkan UNRWA,” kata Encik Lazzarini dalam satu kenyataan pada 1 Februari.

Palestin telah menuduh Israel membuat tuduhan palsu untuk memburukkan UNRWA di Gaza yang menggaji sekitar 13,000 orang bagi mengendalikan sekolah, klinik penjagaan kesihatan, perkhidmatan penting lain dan mengagihkan bantuan makanan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >