Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Konstabel baru jadi ‘miskin bandar’ apabila ditugas di KL

Oct 11, 2023 | 01:36 PM



KUALA LUMPUR: Selepas tular dengan video amaran terhadap pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan sindiket jenayah, kebajikan anggota bergaji rendah turut menjadi perhatian Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.


Menurut beliau, setiap anggota baru dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai kumpulan miskin apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441 ($415.5).

Paling menyedihkan, katanya, ialah apabila anggota dalam kategori terbabit ditugaskan di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, yang menjadikan mereka sebagai miskin bandar.

Beliau berkata anggota terbabit menandatangani jawatan rekrut konstabel dengan tangga gaji RM1,441 dan selepas tamat latihan diberikan gaji dan elaun berjumlah RM1,800.

“Mereka ini akan bawa balik gaji bersih berjumlah RM1,500. Bolehkah anda hidup di Kuala Lumpur dengan jumlah gaji sebegitu?

“Itu tidak mengambil kira lagi kos biaya penyakit, anak istimewa (OKU), biaya hospital, sehingga ada yang mendapatkan rawatan tiga kali seminggu.

“Jadi, ketua atau penyelia, sila ambil tahu dan kenal pasti anggota yang mengalami nasib sebegini dalam apa juga keadaan, sekiranya boleh bantu, maka bantulah mereka,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Shuhaily berkata selain masalah anggota dalam kategori miskin, atau B40, terdapat juga pegawai atau anggota yang sanggup menolak kenaikan pangkat kerana tidak mahu berpindah ke tempat tugas baru yang mungkin lebih membebankan keluarganya yang mengalami pelbagai jenis penyakit.

“Ada anggota datang jumpa saya beritahu terpaksa tolak kenaikan pangkat sebab isterinya lumpuh dan dua anaknya mengalami penyakit ‘Cerebral Palsy’.

“Anggota itu memaklumkan bahawa setiap pagi dia perlu mengangkat isteri dan anaknya untuk dibersihkan, pakaikan baju dan siapkan segala keperluan mereka sebelum keluar bekerja.

“Katanya, walaupun berkeadaan begitu, isterinya berusaha masak nasi lemak dan anggota terbabit menjualnya di tempat kerja, manakala elaun keluar kerja yang diperolehnya diguna untuk pembiayaan perubatan.

“Dia maklumkan kepada saya, dia ada masa untuk anak-anak dan jika ditukarkan tugas, dia tak boleh membahagikan masanya. Seorang seorang ayah dan suami, belum tentu kita dapat melaksanakan tanggungjawab seperti anggota terbabit,” katanya.

Susulan itu, Datuk Shuhaily menyatakan komitmennya sebagai pengarah JSJ untuk menyelesaikan masalah logistik yang dihadapi jabatannya, termasuk masalah kebajikan, meskipun modal dan aset JSJ berada pada tahap amat menyedihkan.

“Kepada ketua jabatan siasatan jenayah, jangan main sokong saja apa-apa pertukaran atau tidak sokong pertukaran jika ada anggota yang buat permohonan itu.

“Anda perlu lihat secara teliti atau mendalam bagi setiap kes sebelum membuat pertimbangan wajar,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >