Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis M’sia buru pesalah trafik warga asing

Sep 29, 2023 | 05:29 PM



KUALA LUMPUR: Warga asing yang melakukan kesalahan trafik di Malaysia tidak terlepas daripada menjadi buruan polis menerusi Ops Saman Tertunggak Warga Asing yang dijalankan di seluruh negara, sejak minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata operasi itu memfokuskan kepada warga asing yang terbabit kesalahan trafik dan gagal membayar saman.

“Pemandu warga asing ini kita hanya keluarkan saman (kesalahan lalu lintas) dan kalau ada kesalahan lain seperti tiada dokumen, itu kita akan ambil tindakan,” katanya seperti dilapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Jumaat.

Datuk Ayob berkata setakat ini sejumlah 4,862 saman trafik terhadap pemandu warga asing direkodkan sejak Januari sehingga Ogos pada 2023.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 2,720 saman yang direkodkan adalah K170A iaitu notis di kenderaan.

“Sebanyak 2,142 saman pula adalah K257 iaitu notis yang diserahkan secara langsung kepada pesalah trafik.

“Setakat ini 71 peratus saman atau 1,703 saman sudah diselesaikan pesalah trafik, manakala baki sebanyak 3,159 saman masih belum diselesaikan,” katanya.

Tambah Datuk Ayob, sepanjang 2022 sebanyak 18,385 saman terhadap pemandu warga asing dikeluarkan iaitu sebanyak 15,221 saman K170A dan 3,164 saman K257.

Katanya, hanya 6 peratus daripada keseluruhan saman K170A yang diselesaikan pesalah trafik warga asing, manakala 40 peratus saman K257 diselesaikan pesalah terbabit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >