Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Konvoi kereta Maclaren dari S’pura kemik dalam kemalangan di Kluang, pemandu tidak cedera

Oct 30, 2023 | 10:24 AM



KLUANG: Konvoi enam kereta mewah dari Singapura bertukar tragedi selepas tiga daripadanya rosak teruk akibat terlibat kemalangan di Kilometer 63 Jalan Yong Peng-Kluang di Kluang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Penolong Pesuruhjaya Bahrin Mohd Nor berkata, insiden tersebut yang berlaku pada jam 9 pagi melibatkan tiga kereta mewah jenis Maclaren M4, lapor Sinar Harian.

“Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di tempat kejadian, Maclaren M4 pertama telah memperlahankan kenderaannya kerana mahu masuk ke simpang kanan manakala Maclaren M4 kedua di belakang menekan brek.

“Kemudian datang Maclaren M4 ketiga dari belakang, hilang kawalan dan tidak dapat brek dengan baik lalu terlanggar belakang Maclaren M4 kedua,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.







Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, kereta kedua bergerak ke hadapan dan terlanggar pula belakang Maclaren M4 pertama.

Katanya, Maclaren M4 pertama mengalami kemik di belakang sementara Maclaren M4 kedua kemik di depan dan belakang manakala Maclaren M4 ketiga kemik di bahagian hadapan.

Bagaimanapun katanya, pemandu kereta mewah berkenaan, Basil Wong Jun Hao, Matthew Mcgrory dan Marcus Luah Chuan Guan tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >