Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korban letupan kilang nikel di Sulawesi kini 16 orang

Dec 26, 2023 | 01:14 PM



MOROWALI (Sulawesi): Tiga lagi mangsa letupan relau di sebuah kilang pemprosesan logam di Morowali, Sulawesi Tengah, Indonesia, meninggal dunia semasa rawatan di hospital tempatan pada 25 Disember, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 16 orang.


Letupan berlaku sejurus selepas subuh pada Ahad, 24 Disember, di kilang yang dikendalikan oleh Indonesia Tsingshan Stainless Steel (ITSS) yang dibiayai oleh China di Taman Perindustrian Indonesia Morowali.

Kejadian itu mengorbankan 13 pekerja di tempat kejadian, termasuk sembilan pekerja tempatan dan empat pekerja China, manakala lebih 40 pekerja cedera termasuk ramai yang melecur teruk.

“Tiga lagi mangsa meninggal dunia awal hari ini,” kata Dr Agus Partang, pengarah Hospital Morowali milik perbandaran, dipetik agensi berita Antara.


Mangsa yang maut dikenali sebagai Irfan dan dua warga China, Wang Ning Nang dan Lie Hung Chun.

Siasatan awal mendedahkan bahawa letupan berlaku sekitar 5.30 pagi 24 Disember waktu Indonesia Tengah ketika pekerja sedang menjalankan pembaikan pada relau peleburan.

Kebakaran dilaporkan berlaku ketika pekerja membaiki relau itu dan memasang plat, menurut pihak taman perindustrian di lokasi kejadian, Indonesia Morowali Industrial Park (IMIP), dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kebakaran itu berjaya dipadamkan pada 9.10 pagi waktu tempatan.

Majoriti mangsa dikenal pasti sebagai mekanik yang terlibat dalam membaiki relau di tingkat dua dan tiga kemudahan tersebut.

ITSS ialah anak syarikat Eternal Tsingshan Group yang berpangkalan di China.

Taman Perindustrian Morowali Indonesia telah mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa letupan relau mencetuskan letupan seterusnya bagi banyak silinder oksigen yang digunakan untuk mengimpal.

“Letupan berlaku semasa kerja pembaikan. Pada masa itu, banyak silinder oksigen digunakan untuk mengimpal dan memotong logam yang berkaitan dengan relau,” kata Encik Dedy Kurniawan, jurucakap pengurusan taman perindustrian.

IMIP berkata, terdahulu relau itu ditutup sehari sebelum kejadian sebagai persediaan untuk pelaksanaan kerja penyelenggaraan.

Bagaimanapun, katanya, lebihan sanga besi telah mengalir dari relau itu ketika proses penyelenggaraan dijalankan.

“Dinding relau itu kemudian runtuh dan baki sanga besi telah mengalir keluar. Ia menyebabkan berlaku kebakaran sehingga sebilangan pekerja di lokasi mengalami kecederaan, malah ada yang terkorban,” kata jurucakap IMIP, Encik Dedy Kurniawan, dalam kenyataan itu.

Menurut data Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral, Taman Perindustrian Morowali, Indonesia memiliki 10 peratus kepentingan dalam ITSS.

Walaupun syarikat komited untuk menampung semua perbelanjaan perubatan untuk yang cedera dan memberikan pampasan kewangan kepada keluarga korban, butiran khusus tidak didedahkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >