Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korban ribut musim sejuk AS meningkat kepada 61

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Sekurang-kurangnya 61 orang maut hingga kelmarin akibat pelbagai insiden berkaitan cuaca di Amerika Syarikat. Beberapa negeri di Amerika dilanda ribut salji, dengan wilayah Buffalo terjejas paling teruk.



Kru kecemasan di New York kelmarin bertungkus-lumus menyelamatkan penduduk terperangkap dalam apa digambarkan pihak berkuasa sebagai "ribut salji terburuk abad ini".



Ribut salji tanpa henti itu mengakibatkan 27 maut di Buffalo, selain menjejas perjalanan pada perayaan Krismas.



Ia terus membadai bahagian timur laut Amerika berikutan cuaca melampau yang mencengkam negara itu selama beberapa hari, menyebabkan bekalan elektrik terputus secara meluas, kelewatan perjalanan dan kematian di sembilan negeri.



Di New York, pihak berkuasa menggambarkan keadaan sangat teruk, terutama di Buffalo, dengan ketiadaan bekalan elektrik berjam-jam, mayat ditemui beku dalam kenderaan dan bawah tebing salji.



Kakitangan kecemasan terpaksa memeriksa dari satu ke satu kereta bagi mencari lebih ramai pemandu, sama ada hidup atau mati.



Ribut salji buruk, udara dan angin sejuk, serta suhu bawah sifar itu memaksa pembatalan lebih 15,000 penerbangan dalam beberapa hari kebelakangan, termasuk sekurang-kurangnya 2,600 kelmarin, menurut laman penjejakan penerbangan Flightaware.com.



Buffalo, sebuah bandar di Erie County yang tidak asing dengan cuaca musim sejuk melampau, menjadi pusat krisis selepas ia tertimbus di bawah timbunan salji.



"Sudah tentu ia ribut salji terburuk abad ini," kata Gabenor Kathy Hochul.



Menurutnya, beberapa bandar di barat New York dilanda salji setinggi 75 sentimeter hingga satu meter bermula malam kelmarin.



Cuaca melampau itu menyebabkan suhu di bawah paras beku di 48 negeri di Amerika hujung minggu lalu, termasuk di Texas di sepanjang sempadan Mexico, tempat pendatang baru tiba bergelut bagi mencari perlindungan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >