Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Korban taufan Yagi di Myanmar meningkat 74

Sep 15, 2024 | 2:40 PM
Sami-sami Buddha mengharungi banjir di hadapan kuil di Taungoo, di daerah Bago, Myanmar ekoran hujan lebat yang dibawa Taufan Yagi pada   14 September.
Sami-sami Buddha mengharungi banjir di hadapan kuil di Taungoo, di daerah Bago, Myanmar ekoran hujan lebat yang dibawa Taufan Yagi pada 14 September. - Foto AFP

YANGON: Angka kematian di Myanmar susulan Taufan Yagi meningkat kepada 74 orang, lapor media pemerintah pada 15 September, sehari selepas juntanya memohon bantuan asing yang jarang dilakukan sebelum ini.

Banjir dan tanah runtuh telah mengorbankan hampir 350 orang di Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand susulan Taufan Yagi, yang melanda wilayah itu hujung minggu lalu, menurut angka rasmi.

Di Myanmar, banjir “mengakibatkan 74 kematian dan 89 orang hilang” setakat petang 13 September, kata Global New Light of Myanmar.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, katanya, sambil menambah bahawa banjir telah memusnahkan lebih 65,000 rumah dan lima empangan, menambah kesengsaraan di negara yang bergolak sejak rampasan kuasa tentera pada 2021. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg