Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea U lancar peluru berpandu dekat sempadan Korea S

Oct 15, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Utara semalam melancarkan satu peluru berpandu jarak dekat ke perairan pantai timur, menurut pihak tentera Korea Selatan.



Ia merupakan siri pelancaran peluru berpandu terbaru Pyongyang di tengah-tengah ketegangan antara dua negara tersebut.



Korea Selatan telah mengerahkan jet-jet pejuang apabila sekumpulan 10 pesawat tentera Korea Utara terbang dekat dengan sempadan mereka yang dikubui dengan kukuh.



Korea Utara dilaporkan melepaskan sekitar 170 tembakan ke "zon penampan di laut" berhampiran kawasan pantai timur dan pantai barat, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.



Majlis Keselamatan Nasional Korea Selatan (NSC) mengutuk tindakan Korea Utara atas ketegangan yang meningkat itu, menyatakan ia mencabuli perjanjian tentera 2018 yang melarang "tindakan permusuhan" di kawasan sempadan.



Seoul telah melaksanakan sekatan secara sepihak ke atas Pyongyang sejak hampir lima tahun lalu, menyenaraihitamkan 15 individu Korea Utara dan 16 institusi terlibat dalam pembangunan peluru berpandu.



JCS telah mengeluarkan amaran kepada Korea Utara, menggesanya menghentikan provokasi dan meningkatkan ketegangan.



Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk-yeol, memberitahu wartawan bahawa Pyongyang telah "bertindak tanpa peduli dalam melakukan provokasi", dan berikrar akan mencari kaedah "langkah balas yang tuntas".



Jurucakap Encik Yoon berkata pemerintahnya menghormati perjanjian antara-Korea, dan membatalkan perjanjian tentera 2018 yang bergantung kepada tindak-tanduk Pyongyang.



Tentera Korea Utara dalam pada itu telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi media negaranya, KCNA, awal semalam, "sebagai langkah balas terhadap tindakan Korea Selatan" yang menjalankan latihan menembak. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >