Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Korea Utara putuskan hubungan komunikasi dengan Korea Selatan: KCNA

Jun 9, 2020 | 10:15 AM
KECAM PEMBELOT: Pelajar Korea Utara mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan yang mengecam "pengkhianat bangsa dan penipu" bangsa negara itu yang berlangsung di Teater Terbuka Taman Pemuda Pyongyang ke Dataran Kim Il Sung di Pyongyang, Korea Utara, semalam.
KECAM PEMBELOT: Pelajar Korea Utara mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan yang mengecam "pengkhianat bangsa dan penipu" bangsa negara itu yang berlangsung di Teater Terbuka Taman Pemuda Pyongyang ke Dataran Kim Il Sung di Pyongyang, Korea Utara, semalam. - - Foto: AFP

SEOUL: Korea Utara akan memutuskan komunikasi ketenteraan dengan Korea Selatan hari ini, kata media negara itu.

Ini selepas ancaman aktivis dari negara 'musuhnya' itu mahu menghantar risalah anti-Pyongyang menerusi sempadan.

Ancaman itu timbul ketika hubungan kedua-dua negara itu terhenti walaupun tiga persidangan antara Presiden Korea Utara, Encik Kim Jong-un, dan Presiden Korea Selatan, Encik Moon Jae-in, diadakan pada 2018.

Pyongyang akan "memutus dan menutup talian perhubungan antara pihak berkuasa kedua-dua negara, yang dihubungkan menerusi pejabat perhubungan Korea Utara-Korea Selatan', serta hubungan komunikasi lain 'bermula jam 12 tengah hari pada 9 Jun ini', lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Hubungan yang diputuskan termasuklah 'talian komunikasi Laut Timur dan Barat' antara tentera kedua-dua bahagian, dan talian komunikasi percubaan antara Korea, serta antara Jawatankuasa Pusat Parti Buruh Korea dan Rumah Biru Korea Selatan, lapor KCNA.

Minggu lalu, Korea Utara mengancam menutup pejabat perhubungan dengan Korea Selatan dan memberi amaran akan mengambil langkah susulan bagi memastikan Korea Selatan 'menderita'.

Kakak kepada Jong Un, Cik Kim Yo Jong, turut mengancam untuk membatalkan persetujuan ketenteraan yang ditandatangani kedua-dua negara, melainkan Korea Selatan menghentikan tindakan aktivis menghantar risalah itu.

Pembelot Korea Utara, yang digelar sebagai 'sampah masyarakat' oleh Cik Yo Jong, serta aktivis lain sejak sekian lama menerbangkan belon merentasi sempadan yang membawa risalah mengkritik Jong Un berhubung pencabulan hak asasi manusia dan cita-cita nuklear pemimpin itu.

KCNA melaporkan, pihak berkuasa Korea Selatan membiarkan tindakan permusuhan terhadap Korea Utara itu.

"Perkara ini memusnahkan hubungan antara Korea.

"Kami sudah mencapai kata putus bahawa tiada lagi keperluan untuk bersemuka dengan pihak berkuasa Korea Selatan dan tiada isu untuk dibincangkan memandangkan mereka mengecewakan kami," lapor KCNA. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg