Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kremlin tak terima Biden gelar Putin penjenayah perang

Pencerobohan ke atas Ukraine 'berjalan ikut rancangan' ujar Moscow
Mar 18, 2022 | 05:30 AM



KYIV/LVIV (Ukraine): Kremlin tidak terima pemimpinnya dipanggil penjenayah perang dan menyifatkan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menggelar Encik Vladimir Putin, sebagai sesuatu yang "tidak boleh dimaafkan".



Jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, berkata ulasan Encik Biden itu adalah "retorik yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan", menurut agensi berita Tass.



Russia menyatakan tindakan pencerobohannya ke atas Ukraine "berjalan mengikut rancangan", sedang ia turut meneruskan rundingan untuk mencapai persetujuan dalam satu rundingan damai.



Dalam pada itu, Amerika mengumumkan bantuan keselamatan tambahan sebanyak A$800 juta ($1.085 bilion) kepada Ukraine untuk memerangi Russia, dengan pakej baru itu termasuk pengiriman dron, senjata antiperisai dan sistem antipesawat.



"Banyak lagi akan datang apabila kami mendapatkan stok tambahan peralatan yang... kami sedia kirimkan," kata Encik Biden, sambil mengutuk tindakan Encik Putin menceroboh Ukraine.



"Beliau seorang penjenayah perang," katanya kepada wartawan.



Di medan perang, tentera Russia meneruskan pengeboman ke atas bandar-bandar yang terkepung, termasuk pengeboman lebih intensif di ibu kota Kyiv, dan bandar lain, yang menyebabkan ramai penduduk awam terkorban, menurut pegawai Amerika dan Ukraine.



Namun, Moscow masih belum menawan sebarang bandar terbesar di Ukraine selepas pencerobohannya yang bermula pada 24 Februari - serangan terbesar ke atas sebuah negara Eropah sejak Perang Dunia Kedua, yang menimbulkan kebimbangan konflik lebih meluas di Barat.



Encik Putin kelmarin berkata beliau akan membincangkan status berkecuali berkaitan Ukraine dan "operasi ketenteraan khas" ke atas negara itu yang "sedang berjalan mengikut rancangan".



Kyiv dan sekutunya berkata tindakan Russia itu satu pencerobohan tanpa provokasi, dan lebih tiga juta rakyat Ukraine terpaksa melarikan diri, dengan ratusan terkorban.



Ukraine masih berharap bagi satu penyelesaian diplomatik.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy, berkata rundingan kini menjadi "lebih realistik" dengan Russia berkata cadangan yang dibincangkan kini adalah "hampir kepada satu perjanjian."



Sementara itu, Datuk Bandar Kyiv, Encik Vitali Klitschko, berkata bedilan Russia menyebabkan kebakaran dan merosakkan tempat kediaman dan saluran gas.



Tentera Russia berhenti di kawasan pintu masuk ke ibu kota itu selepas mengalami kehilangan besar.



Ukraine menyerahkan sembilan askar Russia yang ditangkap bagi mendapatkan kebebasan Datuk Bandar Melitopol, yang ditahan minggu lalu, lapor agensi berita Interfax Ukraine.



Sementara itu, dalam ucapan kepada Kongres Amerika melalui video, Encik Zelenskiy mengulangi permintaan agar zon larangan terbang dilaksana di ruang udara Ukraine, sesuatu yang tidak akan dilakukan pihak Barat.



"Dalam tempoh paling gelap buat negara kami, untuk seluruh Eropah, saya menyeru anda melakukan lebih banyak lagi," katanya.



Selain itu, mesyuarat menteri pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Brussels telah mengikrarkan lebih banyak bekalan senjata untuk membantu Ukraine.



Encik Zelenskiy berkata Ukraine boleh menerima jaminan keselamatan antarabangsa, yang tidak mencapai matlamat lamanya untuk menyertai Nato - matlamat yang menjadi kebimbangan utama dan ditentang Russia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >