Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis geopolitik dibincang Asean, AS, China, Russia

Nov 16, 2023 | 04:06 PM



JAKARTA: Menteri dan pegawai pertahanan Amerika Syarikat, China, Russia serta Asia Tenggara berkumpul di Indonesia, pada Khamis bagi membincangkan krisis geopolitik di mana isu pertikaian wilayah dibangkitkan di dalam dan luar rantau ini.


Tindakan secara kolektif juga perlu dalam menangani cabaran, memandangkan landskap geopolitik yang berkembang dan kesan persaingan kuasa-kuasa utama terhadap keselamatan dan kemakmuran serantau, menurut kenyataan itu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Indonesia itu turut menerima pakai beberapa keberhasilan utama termasuk Program Kerja ADMM 2023-2026, Kertas Konsep Pelaksanaan Pandangan Asean Tentang Indo-Pasifik (AOIP) daripada Perspektif Pertahanan, Kertas Konsep mengenai Mengharmonikan Inisiatif Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) ke-17 dan ADMM-PLUS ke-10.

Pada Rabu, Menteri Pertahanan Asia Tenggara (Asean) menyeru dihentikan perang Israel-Hamas.

Mereka juga meminta dunia bekerjasama dalam membangunkan koridor bantuan kemanusiaan di Gaza.

Indonesia dan Malaysia turut menggesa gencatan senjata dalam konflik yang berterusan di Gaza.

Melawat Washington minggu ini, Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo mendesak Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden agar meningkatkan usaha bagi menamatkan perang Israel dengan Palestin.

Asean dengan persetujuan pemimpin mengenai Konsensus Lima Perkara di Myanmar, mereka menekankan pentingnya petunjuk konkrit untuk memudahkan pelaksanaannya sambil menggesa semua pihak yang terlibat supaya menghentikan dan mengekang keganasan.

Indonesia mempengerusikan ADMM ke-17 dan ADMM-PLus ke-10 dengan mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, Indonesia Encik Prabowo Subianto.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin; Timbalan Menteri Pertahanan Russia, Encik Alexander Fomin dan Timbalan ketua kakitangan Jabatan Kakitangan Bersama Suruhanjaya Tentera Pusat China, Encik Jing Jianfeng.

Negara lain yang mengambil bahagian ialah Australia dan New Zealand manakala Myanmar tidak hadir.

Dalam ucapannya, Encik Prabowo membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan yang semakin merosot di Myanmar dan menyeru negara anggota Asean supaya aktif menyokong Myanmar dalam mencari penyelesaian yang berkekalan.

Menteri Pertahanan Asean turut menggesa kod tatalaku menyeluruh di Laut China Selatan dimuktamad mengikut kadar segera sejajar dengan undang-undang antarabangsa.

Mereka menekankan pentingnya pelaksanaan penuh Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan, dan memuji langkah meningkatkan keyakinan seperti Kod Pertembungan Tanpa Sengaja di Laut, Garis Panduan untuk Pertembungan Udara Ketenteraan, serta Infrastruktur Komunikasi Langsung Asean.

Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen menegaskan keamanan di rantau ini boleh lenyap dalam sekelip mata jika para pemimpin tidak peka.

“Pengajaran bagi kita di rantau ini adalah walaupun secara umum kita kini aman dan selamat, ia boleh lenyap jika kita sebagai pemimpin tidak beri perhatian.

“Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi jika tercetus konflik di Asia,” kata Dr Ng.

“Saya tidak pasti dunia berupaya menanggung perang di Eropah, situasi yang semakin memburuk di Timur Tengah, kemudian di Asia,” tambahnya.

Menyedari kedudukan dunia yang saling berkaitan, Encik Prabowo mengakui konflik di satu wilayah boleh memberi kesan kepada yang lain, dan oleh itu beliau menggariskan perlunya penyatuan usaha di peringkat tempatan dan sejagat.

Encik Prabowo turut menegaskan konflik yang semakin meningkat di wilayah seperti Russia, Ukraine dan Asia Barat meningkatkan risiko krisis kemanusiaan yang teruk.

Beliau berkata “Indonesia sedang giat terlibat dengan pelbagai pihak untuk menyelesaikan isu ini dan mewujudkan koridor kemanusiaan untuk mangsa di Gaza”.

Beliau juga menegaskan mengenai keperluan mendesak untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan yang lebih teguh untuk mencegah konflik serupa

Menteri-menteri Pertahanan itu menekankan pentingnya memelihara keamanan, kestabilan, keselamatan dan kebebasan pelayaran serantau di Laut China Selatan serta keperluan untuk menahan diri daripada terlibat dalam kegiatan yang boleh meningkatkan konflik. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >