Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Krisis Wagner dedah keretakan kuasa Russia di Ukraine

Jun 26, 2023 | 5:02 PM
CETUS KRISIS: Askar upahan Wagner Group  bersiap meninggalkan pusat bandar  Rostov-on-Don selepas huraian dicapai antara ketua kumpulan itu dengan pemimpin Russia.
CETUS KRISIS: Askar upahan Wagner Group bersiap meninggalkan pusat bandar Rostov-on-Don selepas huraian dicapai antara ketua kumpulan itu dengan pemimpin Russia. - Foto EPA-EFE

LUXEMBOURG: Pemberontakan Wagner yang dibatalkan menunjukkan perang Moscow di Ukraine memecah belahkan kuasa Russia, kata diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU), Joseph Borell, hari ini.

Diplomat itu turut memberi amaran bahawa ketidakstabilan dalam negara berkuasa senjata nuklear sebagai ‘bukan perkara yang baik’.

Encik Borell, yang juga ketua dasar luar EU, pada mesyuarat menteri luar berkata, apa yang berlaku hujung minggu lalu memecah belahkan kuasa Russia serta menjejaskan sistem politiknya.

“Sudah tentu bukan perkara yang baik untuk melihat kuasa nuklear seperti Russia boleh memasuki fasa ketidakstabilan. Ia juga sesuatu yang perlu diambil kira,” kata Encik Borrell kepada pemberita.

Tambah beliau, ‘kesimpulan paling penting ialah perang menentang Ukraine yang dilancarkan oleh (Presiden Rusia Vladimir) Putin dan ‘raksasa’ yang dicipta Putin dengan Wagner, malangnya ‘raksasa’ itu (kemudian) menggigitnya.

“Raksasa itu bertindak menentang penciptanya, sistem politik menunjukkan kerapuhan dan kuasa tentera sedang retak,” kata Encik Borrell.

Sementara itu, Menteri Luar Sweden, Encik Tobias Billstrom, berkata pergolakan itu adalah ‘urusan dalaman’ bagi Russia.

Dia menegaskan bahawa perkara yang paling penting adalah menyokong Ukraine supaya ia boleh memenangi semula wilayahnya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg